fbpx

Mowgli Dewasa, Peminat Tak Keruan Tengok Nazim Othman Tak Berbaju

Jika anda pernah menonton filem Mowgli, pastinya anda tahu watak kanak-kanak yang membesar di hutan bersama-sama haiwan liar. Di Malaysia, adik Syukur Khamis, digelar Mowgli Malaysia kerana kisahnya bersama 36 ekor kerbau.

Baru-baru ini, pelakon Nazim Othman menjadi perhatian ramai dengan cubaannya untuk menjadi Mowgli versi dewasa apabila dilihat memuat naik beberapa keping gambarnya bersama sekawan gajah liar.

BACA: Mahu Berhenti Merokok, Nazim Othman Mohon Doa Agar Istiqamah

https://www.instagram.com/p/CGEtOsxAU7i/?utm_source=ig_embed

Nazim yang hanya berseluar panjang paras lutut tidak berbaju bergambar di samping gajah-gajah tersebut. Difahamkan foto-foto tersebut dirakam ketika berada di Hutan Simpan Endau Rompin, Pahang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama peminat wanita yang yang seolah-olah tidak keruan melihat gambar tersebut. Malah, ramai yang memuji badan pelakon itu yang sasa.