Mahu Berhenti Merokok, Nazim Othman Mohon Doa Agar Istiqamah
Mengakui sedang cuba untuk berhenti tabiat merokok, pelakon Nazim Othman berkata kebiasannya dia mampu menghabiskan sekotak rokok tidak sampai dua hari.
Menerusi Instagram, Nazim berkata dia kini sedang cuba sehabis mungkin untuk berubah demi masa depan yang lebih baik. Nazim turut berkongsikan perjalanan hari kedua melawan tabiat buruknya itu berjalan dengan lancar.
BACA: Mimpi Dicabut Nyawa, Nazim Othman Anggap Teguran Lembut Dari Allah
“Selalunya, sekotak rokok dalam tangan saya tak sampai dua hari dah habis, tapi Alhamdulillah ini hari kedua saya melawan kebiasaan merokok yang tak berfaedah tu. Saya cuma ada waktu sekarang untuk berubah demi masa depan yang lebih baik,” tulisnya.
Menerusi perkongsiannya itu, Nazim turut meminta para peminatnya mendoakan agar dirinya kekal istiqamah melawan tabiat tersebut.
Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Nazim serta mendoakan agar pelakon itu berjaya merealisasikan impiannya untuk bebas daripada merokok.
Hisap yg lain kan best
Hisap rokok ni mudah je nak hilang ketagih.
Tgk muka kat cermin. Bibir patutnya warna pink. Jika kita merokok bibit pun itam. X comeyyy.. so terus x mau hisap rokok lagi. Ye idok??
Beli laa rokok paling murah, paling x sedap ko isap. Nnt nk abis kan sebatang pun x larat. Lama2 ko kurang me rokok lps tu bila bole kawal bole la berenti.
Geng2 hisap rokok senyap je tak berani komen.
Saja nak cakap muka hensem gila pun, atau cantik gila, tapi kalau mulut bau longkang, sembang dengan korang bau mulut buat orang rasa nak muntah tak guna jugak ye.
Tak nak berhenti pun tak apa, tapi pandai-pandailah nak jaga kebersihan mulut. Gosok gigi, makan la any breath fresheners, pakai mask ke. Any selamba babi je cakap dengan orang lain.
Korang yang merokok memang la tak rasa apa sebab dah tak rasa benda tu berbau. Korang ingat mulut korang bau biasa-biasa je.
Cuba korang tengok artis-artis lelaki yang hisap rokok macam Sharnaz tu, korang ingat muka hensem mulut tak busuk?
bgus la sedar awal rokok bahayakn kesihatan..rata2 lelaki meninggal dunia sbb kuat hisap rokok la, kebykkn yg muda2 plak tu..bkn saya ckp tp kwn sy ckp sbb dia doktor..