fbpx

Cepatnya masa berlalu, pejam celik dah pun masuk Disember! Hujung tahun ni mesti banyak benda yang anda nak buat kan? Tak kisah la anda nak buat apa pun, yang penting kalau mana-mana mall ada sale akhir tahun anda wajib terjah tau!

Macam yang anda tahu lah, biasanya kalau hujung tahun ni, mesti banyak shopping mall akan buat sale. Nak pula musim Krismas lagi lah banyak, Memang anda kena siapkan duit yang banyak je, haha.

Kalau anda nak shopping untuk hujung tahun ni, kami rekomen anda datang sini. Sale mereka setiap tahun memang best. Terbaik beb!

Jom Datang Ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!

Serius kami cakap, kalau akhir tahun lokasi inilah menjadi pilihan kami. Banyak promosi dan aktiviti best yang anda boleh lakukan di sini tau.

Hari Krismas pula semakin dekat, kami pasti bagi anda yang meraikan perayaan ini mesti tak nak ketinggalan promosi kaw-kaw yang ada kat sini. Elok sangat kalau waktu macam ni anda datang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni.

Selain tu, apa yang anda boleh buat di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pada hujung tahun ni? Jom kita tengok!

Ambil Gambar OOTD, Ada Dekorasi Krismas Bertemakan Bunny Wonderland!

Untuk info anda, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang telah pun bertukar menjadi ‘syurga’ yang mempesona dengan bertemakan ‘A Christmas Bunny Wonderland’ untuk meraikan Musim Krismas kali ini!

Hah, pada anda yang geng budak OOTD, memang wajib ambil gambar sini. Sumpah cantik gila. Tiba-tiba rasa macam dalam movie Disney pula weh, boleh sangatlah anda nak feeling-feeling jadi Princess kat sini, ahaks!

Oh ya, anda boleh tengok datang dan ambil gambar di sini bermula 18 November hingga 25 Disember ini. Jangan terlepas.

Shopping Sampai Puas & Berpeluang Menang Cabutan Bertuah!

Dah datang ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang kena la shopping puas-puas. Selepas shopping, anda jangan lupa tengok resit. Kalau anda berbelanja minimum RM300 bermula 21 November hingga 25 Disember 2022 dalam maksimum DUA (2) resit, anda berpeluang menang hadiah bernilai RM50,000!

Macam mana nak menang? Mudah je gais, ikut cara di bawah ni okay!

1. Imbas kod QR Penyertaan Peraduan yang tersedia di semua kedai runcit dan kedai makan yang mengambil bahagian
atau di kawasan acara utama yang terletak di Sunshine Square, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.
2. Isi borang penyertaan peraduan dalam talian.
3. Ambil gambar resit asal/bukti pembelian dan muat naik/lampirkan pada bahagian yang ditetapkan dalam borang penyertaan peraduan dalam talian.
4. Jawab soalan mudah dan klik hantar.

Pada 10 Pemenang Bertuah, anda akan memenangi hadiah antaranya Peti sejuk 2 Pintu Panasonic, Mesin Cuci Pakaian Sharp (Front Load), Televisyen Pintar Sharp, Laptop Lenovo Intel Celeron, Telefon Pintar Samsung Galaxy A33, Huawei Mate Pad, Pembersih Vakum Stick Sharp, Set Peralatan Makan Malam Le Creuset, Mesin Cuci Pakaian Panasonic (Top Load) dan Kerusi Urut GINTELL S5.

Amacam gais? Tertarik tak dengan hadiah yang bakal dimenangi ni?

Belanja & Menang Baucar Tunai Sehingga RM100,000!

Kejap gais, tu baru sikit. Ni anda juga boleh menang baucar tunai bernilai RM100,000! Rebut peluang keemasan ini dengan hanya membelanjakan minimum RM200 di dalam gabungan dua (2) maximum resit di mana-mana kedai retail di Lalaport BBCC atau mana-mana outlet di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang!

Caranya:
1. Belanja minimum RM200 di dalam gabungan dua (2) maximum resit di mana-mana kedai retail di Lalaport BBCC atau mana-mana outlet di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.
2. Scan QR dan isi maklumat lanjut.
3. Muat naik receipt anda.
4. Jawab soalan mudah.
5. LIKE page Facebook Lalaport BBCC dan Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.
6. Kongsi kempen ini di Facebook anda!

*Tertakluk terma & syarat

Wuu…Ada Persembahan Istimewa

Macam mana nak naikkan mood Krismas tahun ni? Haa.. Anda datang je ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang ni. Pada tarikh tertentu, anda dapat tengok persembahan istimewa yang menarik seperti Santa Claus Walkabout, penampilan Snowman Maskot, Pertunjukan Magik Santa, Persembahan Muzikal dan Tarian berlangsung pada hujung minggu sehingga Hari Krismas!

Anda boleh check out jadual persembahan di Laman Web Mitsui Outlet Park KLIA Sepang okay! Confirm enjoy punya!

Bawa Anak-anak Join Bengkel

Pada anda yang ada anak kecil, bawa dorang untuk join bengkel seni dan kraf Krismas Mitsui Outlet Park KLIA Sepang pada tarikh terpilih. Wah, menarik juga ni gais.

Tarikh Jadual Bengkel:
10 & 11 Dis 2022 – Bengkel Kad Ucapan Krismas DIY & Poskad

Masa dari 3:00PM hingga 5:00PM bertempat di Tingkat Satu, hadapan COURTS. Tapi *terhad kepada 50 peserta pertama yang layak setiap hari je tau. So kena cepat sebelum full house!

Wow, Ada Pembungkusan Hadiah Percuma!

Siapa cepat dia dapat! *Terhad kepada 300 pelanggan pertama yang layak setiap hari, anda boleh nikmati Perkhidmatan Pembungkusan Hadiah percuma dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam satu resit di mana-mana outlet.*

Kalau anda nak bagi hadiah pada tetamu tu. Bolehlah datang ke Kaunter Perkhidmatan Bungkus Krismas, Dataran Sunshine, pada 22hb, 23hb & 24hb Dis 2022 jam 12:00 tengah hari hingga 8:00 malam.

Tambah Senyuman Anak Yatim

Anda boleh sumbangkan hadiah kepada kanak-kanak dari rumah anak yatim. Keinginan kanak-kanak ini boleh ditunjukkan pada Wish Card di Gazebo dihiasi Krismas di Dataran Sunshine.

Macam mana tu?
1. Pilih mana-mana Wish Card yang terdapat di Gazebo yang dihias Krismas di Dataran Sunshine.
2. Buat pembelian hadiah di mana-mana outlet di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.
3. Tag hadiah dengan nama anak kemudian bawa ke Kaunter Maklumat tempat hadiah akan dibalut secara percuma.

Mari kita tambahkan senyuman untuk anak-anak yatim ini!

Jom Pecut!

Tunggu apa lagi? Jom pecut ke Mitsui Outlet Park KLIA Sepang sekarang! Anda mesti tak nak terlepas promosi dan aktiviti menarik kat sini. Lebih-lebih lagi ada sale akhir tahun. Memang tak tahan tengok!

Untuk info lebih lanjut tentang promosi hebat yang ada di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, anda boleh klik mana-mana laman sosial media mereka di bawah ni:

Facebook: @MOPKLIA
Instagram: @mitsuioutletparkkliasepang
Laman web: https://www.mitsuioutletparkklia.com.my/