fbpx

Mona Allen Hamil Anak Sulung?

Perkongsian terbaru pelakon, Mona Allen menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto terbarunya seolah kelihatan baby bump.

Menerusi foto tersebut, Mona dilihat memegang erta tangan suaminya, Pekin Ibrahim, manakala tangan kirinya memegang perut..

BACA: Iqram Dinzly Mengaku Cekik Mona Allen Hanya Gimik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

Mona turut menyertakan kapsyen meluahkan rasa syukur dan memohon untuk mendoakan yang baik-baik.

Sementara itu, Mona turut memuat naik semula perkongsian rakannya yang mendoakan semoga pelakon itu bersalin dengan selamat.

Meskipun tidak mengumumkan mengenai perkara itu, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah serta tumpang gembira.

Untuk rekod, Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.