fbpx

Iqram Dinzly Mengaku Cekik Mona Allen Hanya Gimik

Minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai pertengkaran antara dua pelakon Iqram Dinzly dan Mona Allen.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Mona meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram ketika melakonkan babak aksi.

BACA: Dituduh Psiko & Meroyan, Iqram Dinzly Menangis Teresak-Esak

Bagaimanapun, segalanya terjawab apabila Iqram berkata kejadian itu hanyalah gimik yang dirancang untuk meraih perhatian netizen.

“Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka ‘membawang’. Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.

“Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen yang menilai,” katanya.

Dalam pada itu, Iqram berkata dia sudah lali dengan kecaman dilemparkan netizen serta berharap kemunculannya kembali menerusi dalam itu akan mendapat perhatian.

“Kami manfaatkan situasi dan kemunculan saya dalam drama ini untuk diperkatakan. Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun,” katanya.

Kata Iqram lagi, dia dan Mona tiada masalah, malah dia turut mendapatkan keiizinan suami Mona iaitu Pekin Ibrahim sebelum memulakan penggambaran.