Mona Allen Bertudung Selepas Dikurniakan Zuriat
Pelakon Mona Allen berkata dia menunaikan hajat dan tekad untuk berhijab selepas dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Ogos tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Mona berkata dia bernazar tanpa pengetahuan suaminya, Pekin Ibrahim dan berhajat untuk bertudung selepas menimang cahaya mata.
BACA: Mona Allen Tak Kisah Makan Banyak, Asalkan Cukup Susu Badan Untuk Anak
“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama. Namun, perkara ini langsung tidak diberitahu dan diketahui oleh suami.
“Pekin tidak pernah memaksa saya untuk memakai tudung. Dia pun tak tahu saya bernazar. Dia hanya pesan agar saya tak buat sebarang pengumuman dalam media sosial sekiranya ingin bertudung.
“Bukan apa, dia bimbang sekiranya saya dikecam jika tiba-tiba berubah angin,” katanya.
Sebelum ini, perkongsian Mona menjadi perhatian ramai apabila memuat naik imejnya bertudung di media sosial. Bagaimanapun, Mona berkata dia belum bersedia untuk mengatakan dia sudah bertudung sepenuhnya.
- SUMBER
- Harian Metro
X perlu bernazar nak pakai tudung…mmg kewajipan wanita islam sis….
Hidayat dtg dgn mcm² cara…yg penting berusaha mnjadi lebih baik di sisi ALLAH…
Betul tu..bernazar seolah² dlm bahasa kasarnya spt memaksa/ugut Allah beri apa yg kita hajatkan..so klu Allah x beri kita x berhijab/tudung..? sdgkn bertudung itu mmg kewajipan yg tuntut dlm Islam.
Seblum baligh belajar2lah tutup aurat, bila dah akqil baligh. sudah selesa, menutup aurat dgn sempurna. ALLAH PERINTAH, KITA TAAT xperlulah beri alasan belum dpt hidayah, nak kawin, xnak suami tanggung dosa, nak melakukan Haji, umrah, dpt anak… seterusnya..
Apa malaikat Izrail dtg jemput kita, ALLAHUAKBAR…itu saat yg menyedihkan ??
Syukur Alhamdulillah dah melakukan yg WAJIB.
Seblum baligh belajar2lah tutup aurat, bila dah akqil baligh. sudah selesa, menutup aurat dgn sempurna. ALLAH PERINTAH, KITA TAAT xperlulah beri alasan belum dpt hidayah, nak kawin, xnak suami tanggung dosa, nak melakukan Haji, umrah, dpt anak… seterusnya..
Apa malaikat Izrail dtg jemput kita, ALLAHUAKBAR…itu saat yg menyedihkan ??
Amboiii…. sampai 2kali edit dan post komen…
Sungguh2 ni… tazkirah nyer ni….
Macam satu benda yang paling besar pulak. Asal pakai tudung, ramai bagi ucapan seolah-olah “berjiwa besar paling hebat akan masuk syurga”. Padahal sifat dan tingkahlaku seseorang itu lebih penting. Dan bukannya “bertudung”.
Sebab itulah orang Melayu tersangkut di tahap yang sama. Terlalu utamakan “luaran” dari dalaman. Pakai tudung labuh, pakai itu-ini, dianggap `Islamik’, `terbaik’. Maka akan kekal sebagai Melayu Kayu.
Not for us to decide. Allah swt decides. Even if He fulfil your wish He can decline or give obstacles. There is nothing to challenge Him. We are all slaves.