fbpx

Mona Allen Tak Kisah Makan Banyak, Asalkan Cukup Susu Badan Untuk Anak

Baru-baru ini, pelakon Mona Allen ada berkongsikan satu hantara di Instagram mengenai jihadnya dalam menyusukan anak.

Menerusi entri tersebut, Mona berkata dia akan mencuba pelbagai cara untuk memastikan susu untuk Petra sentiasa ada terutamanya ketika keluar bekerja.

BACA: Mona Allen Suka Tengok K-Drama Masa Hamil, Anak ‘Terkenan’ Muka Macam Korea

Menurut Mona lagi, pelbagai ikhtiar dilakukannya demi anaknya walaupun dia terpaksa makan dan minum dengan banyak agar dapat memberikan penyusuan yang optimum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen? (@mona.allen)

“Selagi ada susu dibadan mummy, akan mummy berikan seluruhnya pada kamu. Biarlah mummy terpaksa minum dan makan banyak untuk pengeluaran susu yang optimum, janji kamu ceria dan sihat sentiasa.

“Biarlah mummy terpaksa berjaga malam untuk menyusukan kamu, janji kamu tidak menangis kehausan. Biarlah mummy duduk berjam-jam lamanya, janji kamu selesa menyusu dalam keadaan begitu. Biarlah mummy bawa kamu ke sana ke sini, janji kamu tidak putus susu dengan mummy,” tulisnya.

Kata Mona lagi, penyusuan adalah bukan semudah yang dijangka kerana dia akan bimbang dan susah hati tseandainya susu dalam badan mengalami penurunan.

Bagaimanapun, Mona meluahkan rasa syukur suaminya iaitu Pekin Ibrahim sentiasa memberikan sokongan dan menjadi tulang belakangnya.

Dalam pada itu, Mona turut mendoakan agar diberikan kekuatan serta memberikan kata-kata semangat buat ibu menyusu di luar sana agar tidak berputus asa.

Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.