Mon Ryanti & Suami Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada penyampai radio Ultra FM, Mon Ryanti dan juga suami kerana telah selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada Ahad, 12 Julai di sebuah hospital swasta.

BACA: Mon Ryanti Kini Bergelar Isteri

Mon Ryanti, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Sulung - ROTIKAYA_in

Mon Ryanti melahirkan anak lelakinya itu secara normal. Para peminat pengacara ini dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertama mereka itu. Mon juga sempat mengucapkan rasa syukur dan terima kasih dalam gambar terbaru di akaun Instagram miliknya.

Mon Ryanti atau nama penuhnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru pada September tahun lalu. (rtky/s)

×