Pelakon dan penyampai radio Ultra FM, Mon Ryanti atau nama penuhnya Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru sekitar jam 10.25 malam tadi.

Dalam majlis yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan juga rakan-rakan, Mon Ryanti dan pilihan hatinya Mohd Hasrul telah dinikahkan oleh Imam Masjid Sultan Abu Bakar dengan mas kahwin bernilai RM515.15 dan hantaran sebanyak RM25,000.

Rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran manakala pengantin perempuan membalas dengan 11 dulang. Pasangan pengantin kelihatan anggun mengenakan busana berwarna putih pada majlis akad nikah tersebut.

Selain bergelar penyampai radio ketika ini, Mon Ryanti terlebih dahulu dikenali dengan filem filem antaranya Jangan Pandang Belakang Congkak, Mantera dan Hantu Dalam Botol Kicap.

Tahniah buat Mon Ryanti dan pasangan sekeluarga. Semoga hubungan yang dibina ini akan kekal hingga ke syurga dan dapat cahaymata yang comel comel belaka, heh. (rtky/m)