fbpx

Mohon Maaf Pada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

Petang tadi berlangsungnya sidang media yang diadakan oleh pelawak Ali Puteh bagi menjelaskan segala kontroversi berhubung dakwaan dikatakn mahu membolot harta peninggalan abang, Allahyarham Abam Bocey.

Di sidang media itu, Ali membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kakak iparnya iaitu Noor Hidayah. Ali mengakui ketika itu dia terlalu mengikut perasaan dan masih bersedih dengan pemergian abangnya.

BACA: Ali Puteh Pelik Kakak Ipar Serah Dompet Arwah Tanpa Wang & Kad Bank

“Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

“Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya. Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.

“Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah. Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Ali memberitahu dia akan bertemu dengan kakak iparnya dalam masa terdekat dan menyelesaikan semua perkara sesama keluarga. Dalam pada itu, Ali berkata dia sedia berundur dari dunia seni seandainya rezekinya terhenti setakat ini disebabkan kontroversi tersebut.

“Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi. Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.

“Saya akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama arwah Abam. Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya,” katanya.