Ali Puteh Pelik Kakak Ipar Serah Dompet Arwah Tanpa Wang & Kad Bank
Pelbagai kecaman dilemparkan terhadapnya susulan status hinaan terhadap kakak iparnya, Noor Hidayah, akhirnya adik kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu pelawak Ali Puteh tampil memberikan penjelasan.
Menafikan dakwaan netizen bahawa dia dan keluarga cuba mengambil harta pusaka peninggalan arwah, Ali berkata dia sudah pun berbincang dengan Hidayah bahawa dia akan menguruskan hal penting terutama hutang arwah.
BACA: “Isteri Arwah Sendiri Yang Mahu Keluar Dari Rumah”
“Pada hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama mengenai hutang-hutang arwah.
“Berkenaan dengan telefon bimbit, tujuan saya mengambilnya kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada disitu sebab sebelum ini saya juga yang menguruskan segala kerja arwah.
“Menerusi telefon itu saya dapat periksa jika arwah ada sebarang hutang yang perlu diselesaikan. Sebab segala hutangnya perlu diselesaikan.
“Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing arwah dah belikan telefon bimbit. Selepas selesai segala urusan hutang, ambillah semula.
Ali menjelaskan dia mengambil dompet arwah abangnya untuk mendapatkan maklumat kad ahli seniman, bagaimanapun dia terkejut apabila kakak iparnya menyerahkannya tanpa wang tunia dan kad bank milik arwah.
“Saya mengambil dompet itu sebab perlu melihat kad seniman. Tapi dompet yang diberikan hanya ada beberapa kad dan tiada wang ringgit mahupun seringgit atau dua puluh sen pun tak ada.
“Saya bertanya pada dia mana duit? Dia kata memang arwah tak ada tinggalkan apa-apa dan tidak keluar duit. Agak mustahil. Sebab awak kahwin baru dua tahun, saya hidup dengan arwah dah 31 tahun dan saya kenal abang saya itu selalu akan pastikan ada duit dalam dompet.
“Kalau termakan itu kesilapan sebab belum faraid apa-apa. Walaupun seringgit, tetap kena faraid. Tapi tak apa la, saya tak nak fikir mengenai itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ali menafikan dakwaan Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan kakak iparnya membuat keputusan untuk keluar pada hari keenam arwah abangnya meninggal dunia.
- SUMBER
- mStar Online
huh…yang pelik boleh pulak ko maki binatang bagai sedangkan binatang dan segala makluk di muka bumi adalah zat Allah. Sembang makrifat ke…maklepat bro?
Bila x kenal Allah cepat saja nak maki hamun orang kan? Habis dia nk survive dgn apa? Dah le x bekerja. Guna bulu2 ketiak ko?
tak tau nk kesian kat sapa.. balu ke,,ahli keluarga arwah ke…anak ke… yg penting semoga arwah abam ditempatkan dikalangan org2 yg soleh dan beriman.
Keluar dari rumah arwah dibenarkan dlm Islam x jatuh dosa pun tpi klau nk afdal ikut syarat 4 bulan 10 hari. Boleh je nk balik rumah mak bapak dia xder hal pon dia boleh pilih. Duit arwah, isteri/balu pegang x jd kesalahan. Krete pun balu boleh pegang why not. Handset arwah kau boleh le pegang..mungkin sebab ko kenal rakan2 abam dlm industri seni. Done tarbiyah. Islam itu mudah.
Kesian kat bini dan anak abam. Mmg la dia dh xde sumber kewangan. Abis dia nk mkn apa? Dok kat mana? Setel elok2. Kan abam dh byk berkorban utk kuarga dan adik beradik. Skrg masa ali balas jasa abam dgn mnjaga amanah waris abam dan kebajikan balunya sebagai ipar.
Betul tu Hjh Kamariah. Makin tak betul cakap Ali . Dinasihatkan p lah ngaji dulu bab faraid. Org gelak je RM 1 dalam wallet nak faraid. Konon2 amanah .
Yang ko panas dalam wallet takde duit dah kenapa?
@hjh kamariah… ahahhaaha kan? Maki kakak ipar sendiri tp hari sembang acah PU. huhu
Berlaku adil lah Ali oi. Kesian akak ipar kau dah le msih sedih tu .. dgn anak kecik lgi. Fikir guna akal le kn sbg lelaki x kira wanita tu sape mesti ko lindungi bkn lgi mnambah beban pd emosi dia. Tu pun kalau kau raser ko islam dan khalifah lerr.
Admin Ni caption mengapi-apikan sesama Islam…sudah2 la ….da post 1 cukupla…Kita Ni siapa nak masuk campur…lantak drgla..
“Pinjam” wallet jap dgn alasan nak kad seniman tetapi pertikai pula kad bank dan duit takder dlm wallet. Hahaha…pecah tembelang. Aku ingat, kalau org lain tak pertikaikan pun balu simpan brg2 peribadi arwah suami sebab ada hati budi.
Kau ada ?
hmnnn…yg kat atas kepala ko tu apa? Berbalik la pd ajaran islam.
yaaahhhh..kite kentot aje dpn mke die.. jgn mkn hrta ank yatim
Lurus bendol tgh byk harta.. penghasut api-apikan agar si lurus bendol cepat2 kaup duit arwah semua.. si lurus bendol Pon ikut hasutan. Yg penghasut Tau si lurus bendol tgh byk harta.. org tgh byk duit ramai yg mengaku saudara.. nnt si bendol da tkde harta.. saudara semua jadi neraka.. ini semua permainan manusia.. sebab org yg menghasut mereka Tau kelemahan si lurus bendol.. sebelum berharta bercinta diputuskan sudah. setelah berharta pinangan diterima saja. ??????????????????????
Faraid tu apa?
20sen pun ko ko mroyan ka.. tlpau jg tamak… Bgini ka pula gaya hidup kamu.. kesian la siapa yg kawin sma kau ni..last2 kna buat bgtu..1 rngit pun mroyan…
Zainab, xyah sembang kencang bendol bagai la. Kasi hak dia sama rata tu je org pertikai.
Berlaku adil lah.
Semoga rezeki anak dan isteri arwah abam dimurahkan.semoga kedua2 mereka sentiasa dalam lindungan Allah
Motif nk pertikai duit si isteri?
Ko ke yg kangkang malam2?
Menyampah betul pelawak berlagak mcm serba tau. Pada hal, tahu 30% max. Tertulis tamak kat dahi.
belom bape hari arwah meningal, yg sibuk pasal faraid tu kenapa, wife dia xbkeje mcm mana dia nk urusakan hal harian kalo semua da ko amek. lain la ko hulur pakai duit ko sdirik
Sebagai orang lelaki, adik dan khalifah berlaku adil je laaa. Skrg mcm nmpk ko nk bolot sume… Itu je…x kisah ada 20 sen pun..tp mana keadilan? Mana sifat2 kemanusian engko sbg khalifah? Marah kt bini tpi baby tu ko x kesian ke?
Upah lawyer jek laa urusan harta. Ali ni bkn reti apa pun!
Pelawak bertukar jdi PU. :((
Yuppp. Jalan mudah… BERLAKU ADIL.
Tu je boleh selamatkan ko dr api neraka.
Oppsss.
Ape heran dlm wallet takde tunai, skrg org bayar pakai apps jela hehehehe sori, yeke rm1 pon kena faraid?
Betul tu Sajadiah, Pak Ali nie x de pilihan lain dah kecuali berlaku adil.
Rakyt Tanah Jawi sdg menunggu keputusan makamah netizen.
Pilihan ditangan ko Ali weh. Skg mak berlaku adil atau…atau ego terus pejam mata. Ingat arwah Abam tu ada anak yer.
Back to basic…buang ego… kasi hak dia sebagai balu!
Kau jgn kekwat Ali hoii. Esok orng buat kat anak2 ko pulak baru thu sakitnye. Ingat tu sudah. Berdamailah.
Ada sbb ali check the wallet..sbb arwah ada tinggalkn hutang ansuran bulanan kereta dgn amount rm2500.00 bulanan. Kereta tu nma ahli dlm klurga rasanya. Sbb tu ali nk settle the hutang abam…itu antaranya..termasuk ada 1 lgi car myv..atas nma org lain yg arwah buat smbung byr. Tu sbb kereta tak bagi balu bawa..pnma sebenar myv tu msih bernafas.
Rajin2lh google..the story..
Apa2pun …boleh bwa bincg bkn ikut kta putus sendiri..tidak kiralh balu atau ahli kluarga arwah.
Lagipun..mgkn byk sumbgn lain yg ada. Jdi bkn ssh fakir miskin sgt2 pun.
Cuba check di dapur..bykn stock mkanan d dapur tu..lgipun mesti ada ” tunai” kn juga…..badan masih sihat..lpas ni cari wang. Arwah dh lpas dgn tanggugjwbnya slma ini sesama korang. Hp pun arwah yg belikn utk semua dik beradikn..( itu yg ali ckp)
Pnat akulh nk taip pjg..ni pun dh pjg..
hukum tetap hukum faraid…tapi islam ada jalan dan situasi yg boleh di sesuaikan mengikut keadaan balu….ni rujuklah dengan peguam…sebab balu tidak bekerja…fail kan dulu di mahkamah….bt perbincangan di mahkamah supaya balu selesa berurusan….walaupun kita ikhlas membantu tp hati balu kena jaga….dia pun emosi tak stabil…..so pepandai le seorang adik ipar itu menyantuni kakak iparnya…agar dia selesa dgn cara kamu menguruskan harta.
Kopiah x bawa apa2 makna. Hati wey …hati.
Aku xblh belah dgn statement Ali ni nmpak ‘fishy’ sgt smpai kn ke duit dlm wallet Abam pn isteri xblh ambik ko dh kenapa..xhabis2 lg ka korang adik beradik ambik kesrmpatan ke atas arwah Abam selama ini smpai ke duit dlm wallet pn curiga takut Dayah ambik..ckp pasal faraid pun nmpak sgt xpaham. Nmpak Ali dan family lg nk aniya Dayah lg adalah .mgkin selama ni pn terpaksa terima Dayah s b Abam nak .. klu pun Dayah kawin Abam kerana duit dan famous(Dan cuci kaki sj masuk rmh Abam) hak dialah nkguna brg2 Abam(kereta,duit,hp dsb) ini lebih sudu dari kuah.Mentang2 nmpak Dayah mudah dibuli,xkan Dayah x angkat kaki klu dah rasa mcm melukut ditepi gantang(walaupun haknya utk tggal di rumah kelamin mereka)
Dia mcm ni, yang tak merasa memang lah boleh cakap je. Bila seseorang yg jadi tempat kita bergantung hidup meninggal secara tiba2, memang wajib kita panik lagi2 sebab tak kerja Dan tak sempat kumpul savings lagi. Iye tau nak faraid kan semua, tapi kakak ipar yg disuruh berenti kerja dulu yg tak ada apa2 punca pendapatan tu sekarang ni dah hilang tempat bergantung, duit dia TAK ADA. Wajib lah dia panik fikirkan kalau apa2 emergency berlaku kat dia dua beranak mcm mana kan? Sebagai seorang yg waras, tak boleh kah anda yang banyak duit hulurkan jeee duit dulu Dan kata kan pada beliau, duit arwah kita nak faraid dulu mungkin ambil masa yg lama, tapi jangan risau InshaAllah saya nak bagi kakak hidayah sedikit duit untuk kakak dua beranak utk terus kan hidup sementara tunggu faraid settle. Ambil lah RM5K ini dahulu buat belanja kakak Dan Hamzah. Dulu abam dah tolong saya banyak, kalini saya bagi kakak duit ni ikhlas utk balas jasa arwah abam. Kan boleh camtu ? semoga semuanya diselesaikan dgn baik, Dan bukan minta maaf dlm media sosial shj, paling penting bermaafan face to face Dan heart to heart. Marilah kita semua ambil pengajaran sama2, semoga Allah ampunkan kita Dan berikan HidayahNya.
ali,mmg wujud pon kdg kdg suami xde tinggal notes duit dlm wallet. sbb skg ssmua pakai debit kad la ali. walaupon awk knl abg awk 31 tahun tp hidup abg awk berubah lepas kahwin dan ade hamzah. beli diapers laaa susu la.tu xkire cost emergency time keluar lupa bwk susu anak, sekali kena beli baru. lain tu awk, masa bujang and after kahwin.
Ali please buang ego… letak keadilan pada anak abam please. takut sgt harta terlepas ke camner ni?
Eh tu hak bini dia la nk amek duit dlm dompet tu. Dia amek sekali pon utk kelangsungan hidup dia. Dah knp nk persoal mana duit tu pergi. Gunalah logik akal. Takkn seringgit pon nk faraid. Hadoh mak aiiiiiii
Out sider tak payah campur. Lauk makin masin, masam, pedas ! Biar mereka dikalangan keluarga settle. Yg kesal, si Alip Sukri, onar no 1 yg tuang minyak, cucuh api !! Penghujung nya, tetap kena pegi pda yg berkuasa !!
Stop all nonsense!!
Kesian arwah dlm kubur tu.
Al fatehah untuk arwah Abam.
Wey wey wey.. gila korang nak kasi Vellfire kat balu camtu je. Sedap kot van tu. Tak pening ya suspension tip- top dan selesa smooth je rasa.. letak kopi pun tak tumpah. Kenderaan tak rasmi bagi orang have-have. Korang apa tauuu. :D
Biarlah bini dia yg uruskn bh…bkas accountant plak.xpyhla mo masuk cmpor
Suffian Azmi …memang ler smua org akn pegi pd maha esa… tpi sblom pegi nk makan batu dan daun kering dulu ker…camner tu?
Wow.. takutnya dengan ajaran yang macam ni. Aku non-muslim tapi pernah terjadi hal ni dengan keluarga auntie aku yang beragama Islam (masuk Islam sebab kahwin Islam), tapi adik beradik auntie aku still non-muslimlah kan. Terkena dengan adik auntie aku tu meninggal, tinggal balu dengan anak 2 orang. Yang tak boleh bla nya, jadi sebiji macam kes keluarga Abam ni. Auntie aku tu, masa jasad masih belum dikubur dengan balu masih menangis, mata sebam.. dibawanya lawyer nak kata si isteri tak ada hak atas duit/harta/insurance adik dia yang dah passed away tu. Siap tambah, dalam agama Islam, semua harta pulang kepada maknya/saudara yang sedarah sebab adik dia tak sempat buat wasiat. Yang peliknya, yang meninggal dan maknya bukan muslim pun. Lagi satu, yang uruskan semua duit yang dibolot tu auntie aku yang tamak tu bukan maknya, tapi auntie aku tu sendiri.
Yang balu tak ada kerja dengan anak dua orang tinggal sehelai sepinggang. Harta semua dibolot. Usually, kami non-muslim, next of kin normally is the wife. Walaupun, dipanggil kafir logik lah sikit, jaga adab tak perlu nak bangkit hal berebut harta few days after even passed away. Lagi, wife dengan anak tu sapa yang nak bela. Yang mak Abam tu tak ada anak lain ke nak bekerja. Nak suruh anak 5 bulan tu tampung balu Abam ke?
Also, mana wakil agama, PU yang arif pasal bidang ni? Kalau pasal selebriti tak bertudung, laju pula nak mengomen. Ni pasal pembahagian harta dalam Islam tak ada pula yang kongsi ilmu yang bermanfaat.
Eee geli aku dengan golongan yang mengejar harta orang-orang yang dah meninggal dan dahagakan wang anak yatim.
Harta itu harus diuruskan dengan cara yg baik sudah pasti ia mengambil masa kerana mesti ada surat hitam putih mengatakan bila telah diberikan harta peninggalan aruah pada anak dan isterinya supaya dibelakang hari tidak ada ungkitan kerana tak dapat langsung apa-apa harta peninggalan suaminya. Aruah meninggal baru 12 hari tapi sudah ramai orang katakan tentang nasib anak dan isteri tidak dibela dan harta aruah tidak diberikan pada anak isteri sehinngga dituduh memakan harta anak yatim. Harta aruah harus diberikan pada Mak, isteri dan anak dan itu pasti tapi belum sebulan pun aruahnya meninggal tapi banyak orang mengatakan tentang harta tidak diberikan pada anak isterinya kalau meninggal dah berbulan-bulan sampai setahun dan harta suami tak dapat jugak itu baru boleh dikatakan nasib anak dan isteri tak dibela tapi apa yg orang luar banyak mengatakan dan buat andaian, menuduh dan memfitnah seperti mereka lebih tahu cerita yang sebenar sedangkan urusan harta peninggalan bukan perkara yang boleh diambik mudah dan pengurusan harta peninggalan mengambil masa. Jika aruah ada hutang mesti diselesaikan dulu barulah dibahagikan pasal harta peninggalan aruah dengan cara yang betul supaya tidak dituduh memakan harta anak yatim dan balunya.
Aku setuju dgn komen lantik lawyer utk uruskan semua . Ali pun tak naik angin, Dayah pula , rasa tidak dipinggirkan. Jgn disebabkan harta, hubungan keluarga putus.
Pada pendapat Saya.. Mmg la Ali Tanya kak sbb Kalau Dah mati Segala urusan bank Mmg LA kene block.
Ali perlu uruskan Hutang bayaran kereta jugak sbb Jika myvi nama pakcik nanti Tak Boleh bayar Mmg LA Dikira Hutang. Jadi perlu selesaikan dl.
Mula2 Saya pon kecam Ali Tapi Selepas di viralkan orang Mula menghentam keluarga Termasuk ibunya Kalau kita pon Marah.
Benda urusan pusaka bkn selesai Sehari 2 hari
Korang Kata kesian Balu abis mak Dia yang kene kecam sekali Tak kesian
Kalau Dah setahun Bini n anak Tak Dapat apart Mmg LA Patut dikecam.
Mmg sepatutnya urusan Hutang didulukan
…yg tak boleh blaah tu duit dlm dompet pun ko nk faraid, Ali otak mana otak…
Jgn kata duit dlm wallet semua brg milk arwah waima spender koyak, kain buruk lap basuh keta, berus jamban dan lbh murah dari tu pun harta pusaka peninggalan arwah yg sapa2 pun x boleh ambil kecuali lps dibahagi2kan reta Abam!
Aku nk baca story dlm nih..pjg2 belaka comment..tpi x ada mood..nnti2 jelah..bila hati tenang dn kerja rmh dh siap..tak lari ah gunung d kejar..huhuhuhuhu
Ali dpt kakak ipaq yg pndai..
Isteri boleh ambil duit dlm wallet arwah untuk kelangsungan hidup sekiranya tak ada sumber kewangan sementara tunggu perintah mahkamah bab faraid. Lepas duit faraid dah keluar boleh di tolak….
atau…option 2
Famili boleh bantu bank in satu amount kt akaun balu untuk pakai dulu….katakan 3K sebulan…sementara tunggu duit faraid. nanti tolak le….
Walau apa2 pun bila smpi sanggup hembur ipar sendiri berhati binatang then it is so so wrong already… Itu menunjukkan sifat kau yg sebenar… Juz put your wife situation dimaki ipar selepas kau yang meninggal mengejut gitu… Nauzubillah…
Arwah dah cukup berbakti dgn adik beradik, tkkan bila meninggal adik beradik nk menempel jgk peninggalan arwah! Semua nak gunakan mak utk dpt peninggalan sbb tau mak pun dah sakit gitu, lepas mak pergi harta pi ke anak2 which is balik kt korang adik beradik jgk… Itukah yg direbutkan sgt ke? Anak kecil yg panjang lagi perjalanan hidup tu camne plk? 20 sen pun nak berkira!!! Allah Huakhbar… #doneluahanjiwa #icannotbrain
allahu. hingga wang tunai dlm dompet disoal. kan isterinya tu. bukan kucing. husnuzon jelah mungkin dia nak beli susu anak ke apa sementara. byk sgt ke sampai beribu ringgit. sedih. apa yg patut dilakukan ialah settlekan dgn keluarga saje. tak payah heboh2 lagi nak dibuat apa, nak uruskan apa. takut bukan meleraikan masalah malahan makin byk fitnah yg akan timbul. diam2 je la settlekan ye
Kalau Mampu Bayar Alphard RM2500, Ambillah..’ – Dikecam ‘Sibuk’ Hal Faraid, Ini Penjelasan Ali Puteh
@semua netizen..cuba cari tajuk ni di blog ohbulan.com..
Sila baca sampai habis..baru anda fhm dan nilaikn sipolan2 tu.
ali ni mcm propa wat warak jer..tak kan la seringgit pun nak berkira ada ke tak dalam dompet si arwah tu..sedangkan yang mati tu ialah si suaminya bukan bapak mentua dia…aduh, makin hebat drama2 sang maharaja lawak ni semua..moga ahli2 kumpulan Bocey boleh bantu mana yang patut pada si balu dan anak kecil itu.
Orang warak tau jaga lidahnya bila berkata kata.
Ok aku teka kes ni macamni… si ali ni mmg nak ambil duit si abam tu, bukan sekadar nak ambil card seniman tu. tapi nak beralas dan nampak kurang gelojoh dia mintak wallet dengan kad seniman tu. and si dayah ni memang dah paham perangai burung hering si ali ni dia ambil semua duit and semua kad bank tu.
Ya Rabbi sebagai isteri kalau saya pun mestilah ambik duit laki saya. Susu pampers anak semua sapa nak beli. Aduhai
Pengajaran kpd semua artis2 yg kaya Dan juga kita org biasa lps ni x payah tunggu lama2 buat wasiat supaya x bergaduh mcm ni. Atau harta tu bnyk sngt buat yayasan ke utk ditadbir urus supaya semua ahli2 keluarga dpt bahagian masing2!
Aaiiyoo…hapraknya family ko…spenda koyak kain buruk lap basuh kereta, berus jamban pun ko nk faraidkan ke…Ya Allah hinanya kau ni buat malu bangsa aja, pergila lantik peguam utk uruskan harta pusaka abam…
Jgn kata duit dlm wallet semua brg milk arwah waima spender koyak, kain buruk lap basuh keta, berus jamban dan lbh murah dari tu pun harta pusaka peninggalan arwah yg sapa2 pun x boleh ambil kecuali lps dibahagi2kan reta Abam!
Aaaiiyoo…hapraknya family ko….spenda koyak, kain buruk lap basuh kereta, berus jamban pun ko nk faraidkan ke….patutla pun $1.20 sen pun ko hadap….ya Allah hinanya ko ni buat malu bangsa aja…pergi la lantik peguam utk uruskan harta Abam tu.
kan arwah abam pernah kata dia bagi isteri dia setiap bulan sama mcm gaji kalau isteri dia bekerja selain nafkah..mesti hidayah ada juga duit sendiri
Sampai 2x buat PC. Femes ko ali. Kan elok katup je mulut?
pada saya, jika situasi ni adalah yang mana keluarga ali tak bersalah. memang menjadi kesalahan ali apabila dia menyebut perkataan ‘binatang’ tapi cuba kita revise semula, ali tengah duduk dekat rumah dan tiba-II banyak ws dan dm ig masuk mengecam ali. kau letak situasi tu pada diri kau. rupanya ade video yang mana terang-II memburukkan keluarga belah arwah abam dan dalam keluarga tu ada ali, mak die, adik beradik lain. kau tak rasa ke sebagai manusia biasa akan wujud satu perasaan marah. kau akan tanya pada diri kau, ‘bila masa aku buat semua benda tu?’
Semua harta arwah abam ada lah hak milik isteri dan anaknya (sebab anaknya lelaki) pergi lah mahkamah syariah/peguam syariah dan tanya, tak perlu faraid
Habis mak ali ko nk cmpk kt mana?? Ibu pun ada hak dlm warisi harta pusaka anak dia!
Rujuk lah jabatan agama Islam. Mak aku dah jual rumah milik arwah bapa dan mak dah fikir nak buat faraid. Bila dia rujuk ke jbtan agama Islam. Ustaz ustazah sana ckap itu harta sepencarian dan mak sy boleh buat pembahagian ikut hendaknya.
Drpada dia dok pikir harta org tu. Baik dia bantu ringan kan beban si balu, gembira kan hati anak yatim tu. Fuh…. Besar ya pahala tu. Sedangkan hanya mengusap kepala anak yatim dgn kasih syg pun dah besar pahalanya. Patut g ambil iktiar. Arwah tu meninggal dlm usia muda. Entah esok tau lusa giliran kita pula. Apa bekalan kita masa menghadap Allah SWT nnti. Ngeri bila ingat dlm kubur yg gelap itu, kita sendirian. Allahhu akhbar…
Erm. Cuma nak bagitau Ali Puteh, mohon baca. Khatam dulu hukum yng benar ye. Segala harta arwah dikira harta sepencarian suami isteri, perlu dibahagi 2. 50% jatuh padah hak isteri. Lagi 50% barulah di faraidkan. Nak bayar hutang boleh, kenapa tak dahulukan duit sendiri dulu. Sebab awak sedara lelaki. Selepas dahulukan duit sendiri baru lah awak mintak bayaran balik kat balu, tu pon kalau awak tak de hati perut. Xpayah amik hp pon pon nak tau pasal hutang dan urusan kerja arwah, awak kan bole pegi produksi sendiri tuk bertanyakan hal tersebut. Seeloknya sebagai adik lelaki yang tinggal xpayah lah nak sibuk dah cerita bahagi harta bagai. Uruskan yang wajib iaitu hutang dan balu dan anak yang ditinggalkan tu. Jatuh pada tanggungjawab sedara lelaki ye. Jangan amik mudah sgt. Lagi satu nak bagitau. Buat masa nie, masa tuk doakan arwah, baca doa, baca alquran doakan kesejahteraan arwah. Itu seeloknya. Kalau sy salah sy mintak maaf tapi saya rasa awak terlalu kecoh. Dato tu biarlah die nak kecoh ke ape ke? Dah kejadiannya macam tu kan. Kita yang ahli kluarga arwah patot nye jangan jadi mcm dia. Harap Ali Puteh faham ye. Besar tau tanggungjawab anak jantan nie.
Kubur arwah masih merah,
Keluarga Abam masih meratap pilu,
Balu abg masih sedih lagi diatas pemergian Abam,lepas ni dia lah ibu dan dia jugaklah ayah pada anak Abam, kesian ke Dayah isteri Abam tu… Dia sebahagian Dr hidup Abam, mengenangkan masa depan dia dgn anak dia… TENANG KE ARWAH ABAM KALAU HANGPA DOK KALUT PASAI HARTA DIA? HARTA YG BANYAK TU BOLEH HABIS SEKELIP MATA KALAU HANGPA DOK BUAT LOQLAQ, HARTA ABAM YG BERNYAWA TU LAGU MANA? DIA AKAN MEMBESAQ OK!!! ARWAH CKP ARWAH BNYK DUIT, KOT YA ADA HUTANG PN, MGKN KERETA DIA JA….
bersabaq Dayah, ini smua ujian, hang kena kuat, mgkn ada hikmah di sebaliknya…
Seeloknya perbanyakkan sedekah buat Abam di alam sana…
Semoga Abam tenang di sana?
Nak isytiharkan harta pencarian kena laa buat bukti. Bkn main sebut sedap mulut jek. Rasa ya netizen x perlu jd batu api. Isu ni xkan jd bulan umum kalau x kerana interview si Alip tu. Patutnya dua2 keluarga boleh bincang elok2 je tanpa cucuk2 dari batu api yg x tau cerita sbnr pun.
Korang ni yg attack ali pun agak2 lah..mcm tk habis je tgk video penjelasan dia. Aku tgk dua2 side nye penjelasan rasanye dua2 ni masalah nye dorg tk percaya each other. Tk rasa lah ali tu kisahkan duit abam bila dua2 tu sukses dalam industri yang sama. Dia mengaku dia nak settlekan one by one harta peninggalan arwah sampai ke faraidh. Dia mengaku faraidh satu sen pun dia tkkn dpt. Dia nak settlekan hutang piutang arwah abang dia yg dia rasa balu abam tk mampu pasal tk tau. Dia minta maaf atas tindakan maki hamun dia pada mula kerana tgh emosi dan mengaku dia insan yg tk sempurna. Dia pertikaikan soalan duit dan card bank tkde kerana dia risau duit yg patut di faraidkan tkdpt dilaksanakan, mungkin dari situ datangnye rasa tk trust balu abam. Kte sangka baik je. Org tu dah buat penjelasan recoded di video, kalau dia mungkir kata2 itu semua baru lah korg boleh kecam. Ini semua trust issue je…dua2 pihak sebenarnye nk settlekan harta arwah dgn sebaik mungkin. Yang paling tk elok dlm issue ni org ketiga tu yg tkde kene mengena masuk campur nak apikan situasi. Tu yg aku tak paham motif, kalau nak tlg balu tlg je..islam sendiri mengajar kalau nk sedekah jgn wawarkan.
Jadi kecoh bila ramai yg masuk campur. Balu boleh ambik duit arwah tapi bagitau berapa jumlah, utk di faraid. Dah dpt bahagian, blh ditolak. Kos harian, rasanya kl tggl dgn ibu arwah, cukup mkn pakai balu dan anak. Xkan diabaikan. Sementara nak tunggu faraid settle, blh usaha cari duit sampingan, hidup perlu diteruskan. Sepatutnya soal harta tolak ketepi dulu, arwah baru meninggal. Ali mungkin marah sbb maruah keluarga tercalar. Sy anak yatim sejak umur 5 tahun. Lps arwah abah meninggal, mak x harap duit pusaka 100% sbb proses lambat. Keluar kerja demi anak2 kecil. Jgn meminta, usaha.
Apa Hal ko ni Ali tamak sgt
Saya ada je pakcik2 yang sudah meninggal…6adik beradik lelaki,mak saya adik bongsu perempuan..Alhamdulillah, ketika 2 pakcik saya meninggal, takde 1 pun adik beradik masuk campur tentang harta …semuanya diserahkan kepada isteri dan anak2 utk uruskan.malah, yg lain berlumba2 utk derma majlis tahlil dan belanja makan tamu yg datang…pakcik2 yg lain kebanyakan halalkan hak mereka walaupun setelah difaraidhkan……walaupun mereka sendiri tak berapa mewah. Sebab mereka fikirkan tanggungjawab dan amanah kepada balu dan anak yatim..sekian…
Klu nk kad seniman utk wt urusan pa tah….x blh Ker si Ali
tu mntk jer kad tu Dr KK ipar dia… X yah la mntk wallet sekali..di sini dh nmpk dh…….
Kakak ipar dah tau trick ko..hahaha..kalau bincang elok2 tak lah jadi gini. Salah faham boleh dielakkan jika kita jujur dan tak besar diri
Tgk Dayah pn bkn jenis yg suka kaki bergaya brg2 mewah handbag ke ape..simple jer..
Mcm mana Ali nak jadi ketua keluarga ganti arwah Abam? Hal dompet tiada wang & kad bnk pun beritau public. Apa niat sebenar ek?
Dahsyat sungguh…duit wallet pun nak faraidh ke…..tak pernah di buat org….biarlah anak bini dia pakai….hishhh
Ini lah akibat ali nak susun.
Roboh semua
Bidaah juga?
Anak abam adalah lelaki (penghabis harta pusaka).
Apabila harta di faraid – pusaka cuma akan jatuh kepada ibu 1/6, isteri (balu) 1/8 dan anak lelaki akan mendapat bahagian pusaka yang selebihnya.
Adik beradik tidak akan mendapat apa2 kerana abam mempunyai anak lelaki.
(Sekiranya tiada anak lelaki , ayah akan menghabiskan bahagian tersebut (asobah) , sekiranya ayah sudah meninggal dan arwah tiada anak lelaki, baru lah adik beradik mendapat bahagian.