fbpx

MK K-Clique Mahu Beri RM50k Pada Warga Emas Dimalukan Influencer

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video seorang warga emas dimalukan di khalayak ramai oleh seorang influencer dan usahawan sehingga mengundang kecaman hebat netizen.

Video tersebut turut mendapat perhatian ahli kumpulan K-Clique, MK, yang mahu memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada warga emas berkenaan.

BACA: Tanggal Rantai & Gelang Emas, MK K-Clique Sertai Tabligh

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, MK yang berang dengan tindakan influencer berkenaan yang memberi upah sebanyak RM50 bertanyakan kepada netizen jika ada maklumat mengenai warga emas berkenaan.

“Sebab dia berani, kau upah RM50? Si*l apa kau, saya bukan orang kata. Keluarga saya bukan orang kaya. Siapa ada info pakcik ini, saya bagi pakcik ni RM50,000. Mentang-mentang kau kaya dan berjaya, cakap ikut sedap mulut kau je,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian MK di Insta Story mengenai pemberian RM50,000 itu telah dipadam. Menerusi Insta Story berbeza MK memohon maaf kerana terlalu emosi apabila melihat warga emas berkenaan diperlakukan sebegitu.

“Saya dari keluarga susah, nampak pakcik tu macam saya nampak bapa saya. Niat dengan cara tu tak sesuai, minta maaf emosi sikit,” tulisnya.

Dalam pada itu, MK mengakui kesilapannya yang terlalu emosi sebelum ini namun dia tetap akan membantu warga emas berkenaan mengikut kemampuan.