fbpx

Nabila Razali Pelik Video Muzik Peluang Kedua Cecah 6 Juta Tontonan

Meskipun single terbaru Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali kurang disenangi oleh segelintir netizen, namun video muzik lagu itu hampir mencecah 6 juta tontonan dalam masa tujuh hari sejak ia dilancarkan.

Menerusi perkongsian di Instagram sebentar tadi, Nabila meluahkan rasa pelik dengan tontonan luar biasa dalam masa seminggu sahaja. Malah, turut bertanyakan berapa kali netizen menonton video muzik itu dalam sehari.

BACA: “Muzik Kita Menuju Jahanam Dengan Lagu Sampah Nabila Razali”

Diruangan komen, rata-rata peminatnya mengakui menonton video muzik tersebut lebih dari sekali. Lebih mengejutkan ada yang tonton lebih 100 kali sehari dan tidak terkira.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan kemunculan MK dalam video tersebut membuatkan mereka menonton video muzik itu berulang kali.

Terdahulu, ada netizen yang kurang senang dengan trend dimana kualiti lagu dinilai menerusi jumlah tontonan semata-mata memandangkan video muzik itu menampilkan penyanyi rap kegilaan ramai, MK K-Clique.

Malah, netizen itu juga mengatakan industri muzik negara menuju jahanam disebabkan lagu-lagu tersebut yang kerana jumlah tontonan yang ramai