fbpx

Mizz Nina Redha Jika Auratnya Masih Ditonton

Pernah popular dengan lagu What You Waiting For, bersama penyanyi rap antarabangsa suatu ketika dulu, Mizz Nina kecewa apabila hasratnya untuk menghapuskan semua video muziknya ketika sebelum beliau berhijrah gagal.

BACA: Mizz Nina Cuba Buang Gambar, Video Lama Di Internet

“Saya cuba menghubungi pihak YouTube untuk minta membuang video-video muzik saya sebelum ini. Tapi malangnya tidak berjaya. Tapi saya anggap saja mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku”

Mengimbas kembali era nyanyian Nina suatu ketika dulu, beliau memberitahu kini minatnya terhadap bidang nyanyian sudah tiada lagi. Pun begitu, Nina gemar meluahkan pendapat dalam bidang penulisan pula.

“Sekarang memang saya dah tak minat nak menyanyi buat persembahan. Perasaan tu dah tak ada dan walaupun dirumah atau dalam bilik air. Sebenarnya sebelum saya berhijrah pun, saya dah rasa malas buat persembahan”

“Tapi saya berminat meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat menerusi penulisan. Saya suka menulis dan berkongsi dilaman sosial. Saya memang ada perancangan untuk terbitkan buku tapi tak berkesempatan lagi,” jelasnya.

Tambah Nina lagi, buat masa sekarang beliau ingin menumpukan perhatian kepada kerja amal yang dilakukannya serta mengimpikan menerbitkan buku. Semoga hasrat Nina tercapai untuk menjadi penulis! (rtky/w)