fbpx

Mizz Nina Cuba Buang Gambar, Video Lama Di Internet

Penyanyi Mizz Nina antara selebriti yang menjadi perhatian dan idola ramai apatah lagi selepas penghijrahannya dan kini aktif dengan misi-misi kemanusian.

Gambar dan video lamanya ketika belum menutup aurat masih lagi bertebaran di Internet, Mizz Nina tetap positif dan beranggapan ada hikmah di sebaliknya.

BACA: Mizz Nina, Noh Salleh Terbang Ke Syria Untuk Bantu Umat Islam

Mizz Nina berkata lagi dia dan suaminya, Noh Salleh sudah meminta supaya pihak terbabit memadam gambar serta video berkenaan dan akan terus berusaha lagi.

“Mungkin ada hikmahnya. Barangkali, melalui video dan gambar lama itu orang boleh lihat penghijrahan yang berlaku dalam kehidupan saya. Kami sudah berusaha meminta supaya video dan gambar lama itu dipadamkan mengikut prosedur yang kami tahu.

“Justeru, saya kini positif dan akan terus berusaha lagi. Malah, saya juga yakin perancangan Allah adalah yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Pada April lalu, Noh ada berkongsikan luahan meminta pihak media dan industri seni supaya memadam dan tidak lagi menggunakan video lama dan gambar Nina yang tidak menutup aurat sebelum ini.