fbpx

Mizz Nina Kena Rompak & Cermin Kereta Dipecah Di Lampu Isyarat

Bukan kali pertama kali dengar kes rompakan dengan modus operandi sebegini dan kali terakhir melibatkan selebriti adalah Julie Woon beberapa bulan lalu.

Dan, hari ini mStar Online melaporkan yang Mizz Nina menjadi mangsa rompakan apabila cermin keretanya di'pecahkan ketika berhenti di lampu isyarat ja

lan.

“Kereta saya dipecah & beg tangan saya dirompak di simpang lampu isyarat Ampang Jaya. Pesanan buat pemandu wanita, letakkan beg tangan anda di bawah tempat duduk kereta”

Kenyataan Mizz Nina di'petik dari akaun Instagram milik beliau dan tuan badan sendiri gagal di'hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut akan kejadian sebenar.

“Saya belajar dengan kesilapan yang telah berlaku — wanita sering lupa untuk meletakkan beg tangan di tempat selamat. Jangan buat seperti apa yang telah saya lakukan”

zp8497586rq