fbpx

Misya Sahkan Masih Isteri Aslam, Sambut Raya Bersama-Sama

Segala tanda tanya terjawab apabila madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania iaitu Misya Mazlan mengesahkan dia dan Aslam masih lagi bergelar suami isteri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Misya menyambut hari raya bersama suaminya serta menjelaskan sebelum ini dia tidak mendedahkan perkara itu atas asbab tertentu.

BACA: “Saya Berdamai Dengan Takdir, Jauh Sekali Dalam Proses Perceraian” – Misya Mazlan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misya (@umisyamazlan)

“Yang bertanya, ya. Kami masih bersama, Misya tak suka nak dedahkan atas asbab tertentu.

“Bukan sebab ‘competition’, ‘jealousy’ dan lain-lain. Untuk kenangan dan mengelak fitnah hari ini Misya muat naik gambar raya bersama yang diambil masa Hari Raya pertama,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Misya berkata, sebagai wanita yang bijak, dia memilih tidak memanjangkan perdebatan.

“Seorang wanita yang bijak memilih berhenti bertelagah kerana Allah, dengan seseorang yang jelas ditunjukkan mereka enggan mendengar atau memahami. Tiada benci,” katanya.