fbpx

Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania iaitu Misya Mazlan berkata dia reda dan berdamai dengan takdir yang dilaluinya.

Menerusi video dikongsikan TikTok @Becrushcosmetics berkata dalam setiap rumah tangga ada ujian serta dia dan suaminya, Aslam masih lagi bersama dan tidak terfikir untuk bercerai.

@wawaofficialhqhub

Replying to @aniwahida #virtualhugformisya #wawascarves #umisyamazlan #umisyamazlandutawawascarves #wawacosmeticshq #wawacosmetics

? original sound – @Becrushcosmetics.co – @Becrushcosmetics.co

“Saya pernah beritahu di Instagram Story, yang kita kena berdamai dengan takdir yang sudah terjadi.

“Jadi, sekarang ini saya sudah berdamai dengan takdir. Saya jauh sekali tak ada dalam proses perceraian tapi saya terima semuanya,” katanya.

Dalam pada itu, turut memohon doa agar dia, Aslam dan Marissa dapat menempuh ujian dalam rumah tangga mereka.

“Macam biasalah, dalam setiap rumah tangga mesti ada naik turun, ada macam-macam ujian yang datang..nak-nak pula bila berpoligami lagi macam-macam.

Jadi apa yang saya buat sekarang, saya terima dan reda dengan ujian yang datang. Doakan yang baik-baik untuk kami sebab ini semua ujian untuk kami untuk kami bertiga,” katanya.