Jadual Kerja Padat, Mira Filzah Tak Terfikir Soal Teman Hidup
Melalui ruangan Cik Pang di Metro Ahad, Mira Filzah telah mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai kekasih hati lagi. Malah melalui sumber itu juga menyatakan Mira tidak pernah terfikir mengenai perkara tersebut ketika ini.
BACA: Mira Filzah Perjelas Isu Fitnah Gambar Lucah Palsu
“Cik Pang terkejut apabila seorang teman sekerja berkongsi cerita itu. Katanya, dia juga pelik apabila Mira menegaskan yang dia memang tidak punya teman lelaki. Terang Mira jujur, sewaktu zaman di universiti memang dia ada berkawan rapat dengan seorang lelaki tetapi apabila temannya itu melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka tidak lagi berhubungan”
“Apabila teman Cik Pang tanya, tidakkah dia berasa sunyi apabila tidak mempunyai teman lelaki sedangkan rakan sebaya semuanya sudah berpunya? Atau kemungkinan kerana pernah dikecewakan sebelum ini, menyebabkan Mira lebih berhati-hati dalam menerima cinta daripada lelaki?,” antara celoteh Cik Pang di ruanganny itu.
Persoalan itu dijawab oleh Mira. Katanya, ketika ini soal sunyi tidak menjadi masalah kerana jadual kerjanya sekarang terlalu padat hingga dia tidak punya ruang untuk memikirkan soal kekasih hati mahupun cinta.
Apa pun, jawapan sebegini pastinya memberi peluang kepada lelaki di luar sana untuk mencuba. Siapa tahu, mungkin juga jodoh Mira kuat dengan jurugambar berkaca mata. Eh? Apa pun, semoga percaturan hidup Mira akan sentiasa dipermudahkan. (rtky/s)
Mesti ramai yang minat dekat MF kan… http://gerobokbuku.com
BORING NEXT!!!!!! btw sya x sumbang derma pliss take noted..
MF cantik, bijak dan mesra. Jodoh di tangan tuhan. Sampai masa, temui lah si dia.
takat boifren x pyh nak ngaku sangat la.. len la x ngaku da ade suami…. kan
Boring ah dia ni
No komen
ramai menaruh hati ni
Beauty with brain.