“Mira Filzah Tak Tinggal Solat, Walau Kena Buang Mekap Banyak Kali”
Menerusi satu perkongsian di Instagram baru-baru ini, pelakon Ramona Zam Zam mendedahkan pelakon dan pengacara, Mira Filzah merupakan selebriti yang paling diminatinya ketika ini.
Menurut Ramona, dia menyifatkan Mira seorang pelakon yang mempunyai keperibadian yang sangat tenang, lembut dan sopan.
BACA: Ibu Mertua Mira Filzah Terima Gelaran Datuk
Ramona turut mendedahkan Mira seorang pelakon yang sentiasa menjaga solat meskipun sibuk sewaktu penggambaran. Pernah menjalani penggambaran bersama sebelum ini, Ramona kagum dengan kesungguhan Mira meskipun perlu buang mekap berulang kali untuk menunaikan solat.
“Berdasarkan penggambaran terakhir kami, saya dapat rasa aura tenang daripada dia. Saya suka bila bersama Mira kerana dia teramat tenang. Dia sangat lembut dan sopan, sama sekali bertentangan dengan diri saya. Ramona = Ribut.
“Dia merupakan seorang aktres yang tak tinggal solat masa penggambaran, saya sangat kagum dengan kesungguhannya. Walaupun agak remeh sebab kena tanggalkan mekap lepas itu pakai balik berulang kali,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ramona turut meluahkan rasa segan apabila Mira berada di sisinya kerana dia merupakan seorang yang ‘havoc’ manakala Mira berperwatakan sangat tenang dan sopan, serta tahu mengapa Mira diminati ramai.
“Dia sabar je dengan Ramona yang gelak 24 jam dekat set, buatkan saya rasa segan kerana dia sangat sopan tetapi aura tenang dia begitu kuat. Sekarang saya faham kenapa Mira disayangi ramai orang,” katanya.
SERI MANJUNG: Kelab Sukan dan Kebajikan, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), mewujudkan kios Ekspedisi Rakyat Terbela (Erat) bagi meringankan beban golongan memerlukan dan terjejas akibat wabak COVID-19.
Presidennya, Mohamad Sharil Salihan, berkata projek itu bermula Oktober lalu untuk membantu, terutama keluarga yang terputus atau kekurangan bekalan makanan.
Beliau berkata, inisiatif menyediakan kios Erat di dalam kawasan premis MPM itu adalah hasil cetusan idea ahli kelab dan kakitangan lain majlis berkenaan yang prihatin dengan situasi getir kini.
“Barangan keperluan makanan asas seperti beras, gula, teh, susu dan biskut yang disediakan di kios ini adalah hasil sumbangan kakitangan MPM serta orang ramai, termasuk golongan kenamaan dan wakil perusahaan setempat.
“Kami sedar dalam keadaan kini, ramai individu terjejas pendapatan. Justeru, kami berusaha membantu dengan inisiatif ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Mohamad Sharil berkata, bantuan di kios itu boleh diambil setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 7 malam, dengan individu terbabit hanya perlu memaklumkannya kepada pengawal keselamatan.
“Sesiapa saja tanpa mengira agama dan bangsa, asalkan menghadapi kesukaran serta memerlukan, mereka boleh mengambil bantuan disediakan mengikut keperluan.
“Setiap hari, akan ada individu datang mendapatkan bantuan ini.
“Setakat ini, 450 individu sudah menerima manfaat daripada projek kios Erat dengan pengagihan dibuat mengikut sumbangan yang diterima.
“Kami mengalu-alukan sumbangan barangan keperluan makanan asas daripada orang ramai,” katanya sambil memaklumkan projek itu turut meringankan beban asnaf setempat dengan bantuan dihantar ke rumah setiap bulan.
Sementara itu, wakil penyumbang daripada syarikat berhampiran, Ting Tai Huat pula berpendapat tiada batas dalam usaha membantu meringankan beban mereka yang memerlukan biarpun berbeza agama dan bangsa.
Beliau berkata, pihaknya turut prihatin dengan situasi semasa, justeru ingin berkongsi rezeki dengan penduduk setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Oh is this even a news? Nak cakap so called artis meleis muslim lain dah biasa tinggalkan solat masa shooting ke? Lols
Pooooooodaaaaaaaaah!!!!! Macam bagus sangat!
Xkan ni pun nk jd bahan gosip ko bebal!!! Habis ko ingt org yg keje frontliner berbungkus mcm apa tu suka2 tinggal solat?! Baik ko buat gossip walau jd artis popular yg sngt sibuk saya x penah lupa cebuk lps berak dan kencing!!!!
Gosip apa ni buang makeup pon jd isu ker? Mmmmm pundek
Ahahaha! Finally! Yang atas tu mesti crew yang selalu cuai bab solat kannnn?? Haha! Benda wajib buat pe nak tinggal?? Kalau makan boleh awal waktu, kenapa solat kena lengah-lengah?
Mira Filzah artis yang terbaik
kalau saya boleh tadah muka je tak buat apa-apa sebab ada orang mekap kan pun saya tak kisah buang mekap 38 kali sehari :’)
actually perkara ni memang patut diamalkan semua org islam. bukan nak berlagak tapi sebagai seorang islam, bagi aku mengamalkan solat lima waktu tu adalah perkara paling minima u buat sebagai seorg islam selagi tiada keuzuran. Banyak benda lain seperti solat sunat yang kita tak mampu lakukan.. jadi buat lah yang wajib sahaja jika yg lain tak mampu lakukan…
aku kerja opis pun kena solek dan cuci muka sebanyak sekurang2 nya dua kali..sekali utk solat zohor ..sekali solat asar…
masa solat subuh kita biasanya kat rumah. maghrib pun kita dah ada kat rumah dan isyak kat rumah…unless ada kerja kena stay back..kena solat maghrib di mana-mana tempat.. e.g kat gas station or mana2….still kena touch up…
orang yang pelik sangat dgn ni semua sebenarnya sebab mereka tak lengkap solat wajib dan mungkin menganggap solat tu hanya untuk bila waktu senggang.
salah tu ya. kita perlu amalkan solat selagi kita org islam, wlau apa pun kerja kita.
Bayangkan jika kat set production, semua orang solat….benda ni tak jadi perkara pelik. adakah ini bermakna kebanyakan set production drama tak ada break untuk pekerja2 mengerjakan solat selama beberapa minit?
maaf jika ada yang tersinggung..semoga kita semua akan sentiasa jadi lebih baik dari semalam.
benda wajib dan sentiasa dilakukan oleh orang di luar sana tak pelik pun…
yang rasa pelik tu mesti yang tidak pernah buat…ke cemane ?
setuju
media bebal. kecoh