fbpx

Mira Filzah & Suami Raya Sederhana, Hanya Tempah Sepasang Baju Sedondon

Pertama kali menyambut Syawal sebagai suami isteri, pastinya ia momen indah apatah lagi dapat menyediakan pelbagai juadah dan kelengkapan raya bersama-sama.

Namun, berbeza buat pelakon Mira Filzah, nikmat Ramadan dan Syawal tahun ini tidak dapat dikecapi sepenuhnya bersama suaminya, Wan Emir Astar kerana sibuk dengan kerjaya seni.

BACA: Sedih Kenang Pemergian Bapa, Mira Filzah Peluk & Pujuk Suami

Menurut Mira, dia hanya mendapat cuti selama empat hari, sehari sebelum kedatangan Syawal berikutan perlu melunaskan penggambaran drama.

“Saya akui, Syawal dirai sedikit berbeza kerana kami meraikannya buat kali pertama sebagai suami isteri. Cuma, sesuatu yang tidak dapat dielak ialah jadual lakonan yang padat.

“Saya hanya dapat pelepasan sehari sebelum raya. Satu hari itu jugalah saya gunakan untuk berehat dan membuat persiapan raya serba ringkas. Bagaimanapun, saya akan cuba memanfaat cuti pendek ini untuk bersama suami,” katanya.

Dalam pada itu, Mira berkata Syawal diraikan bersama suami penuh bersederhana apabila hanya menempah sepasang sahaja baju raya sedondon.

“Saya tidak menyediakan baju raya sedondon banyak pasang pun. Kami hanya tempah sepasang baju sedondon berwarna biru kehijauan. Cukuplah sepasang buat saya dan suami, ia menjadi syarat untuk bergambar mengabadikan kenangan.

“Selebihnya, saya mendapat beberapa baju tajaan sebagai duta jenama Ariani. Suami pun banyak koleksi baju Melayu. Golongan lelaki senang, suami pula tidak terlalu cerewet. Baju pun boleh ulang pakai,” katanya.