Sebelum ini, tersebar dua screenshot Insta Stories yang memaparkan ‘usik-mengusik’ antara aktres Mira Filzah dan pelakon , Zizan Razak. Biarpun kedua-dua posting berbalas kata rindu itu tidak ditujukan secara spesifik, namun ramai yang percaya ia ditujukan antara satu sama lain.

BACA: Sam Dilabel Biadap Campak Hadiah Zizan


Bagaimanpun jelas Mira, status berkenaan bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Zizan semata-mata.


“Saya rasa ramai yang dah tahu mengenai IG (Instagram) Stories itu dan bagi saya status itu bersifat umum dan tidak ditujukan kepada Zizan secara spesifik. Buat masa ini saya mahu memberi fokus terhadap kerjaya dan lebih selesa untuk bercakap mengenai kerja sahaja,” jelasnya.

Jumaat lalu, gadis berusia 25 tahun ini memuatnaik gambar jaket di ribanya dipercayai di dalam pesawat menuju ke Australia untuk penggambaran drama Rahsia Hati Perempuan.



Turut disertakan adalah ayat ‘Don’t miss me okay, love?’ (Jangan rindu-rindu okay, sayang?).

Zizan kemudiannya memuatnaik gambar jam dan sebahagian tangannya dengan kapsyen ‘Sure I miss you sweetheart’ (Mestilah saya akan rindu sayangku).

Mira yang pulang seketika ke Kuala Lumpur semalam juga menegaskan, dia kembali kerana komitmen sebagai Ikon Ariani bagi Ariani Luminous Lebaran 2018. Mira kemudiannya sudah kembali ke Perth, Australia malam tadi bagi menyudahkan baki penggambaran selama dua minggu di sana.

Ditanya adakah dia selesa berkawan dengan bintang utama Abang Long Fadil 2 itu, pengacara Nona ini tidak menafikannya.

“Dia seorang yang baik dan senang berkawan dengannya. Tetapi saya tidak mahu cerita sama keluar berulang kali dan sebab itu saya lebih suka bercakap mengenai kerjaya sahaja,” katanya. (rtky/h)