fbpx

Mira Filzah Dedahkan Masih Ada 4 Majlis Resepsi Tertangguh

Pelakon yang pernah popular dengan drama Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah mendedahkan bahawa dia dan suami tercinta, Wan Emir masih mempunyai empat lagi baki majlis resepsi yang tertangguh gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak setahun yang lalu.

Mira memaklum perkara tersebut ketika dia menjawab soalan peminat yang bertanyakan sama ada dia ingin menyambung majlis resepsi yang belum dilakukan jika mempunyai peluang untuk berbuat demikian selepas ini.

Katanya, empat majlis tersebut merupakan resepsi sebelah keluarga suaminya manakala di belah keluarganya sudahpun selesai.

“Tak sambung kot. Tah lah. Dah nak masuk anniversary dah ni. Keadaan pun tak sesuai…” tulisnya di Instagram Stories.

Kata pelakon dan juga pengacara Nona ini, dia juga sudah menempah empat jurusolek untuk majlis tersebut namun tiada rezeki.

Menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya yang tersendiri, Mira walau bagaimanapun bersyukur kerana sempat melakukan majlis meraikan perkahwinannya bersama ahli keluarga meskipun tidak lengkap bagi keluarga suami tersayang.