fbpx

Mira Filzah Berminat Ingin Menyanyi Pula?

Selepas cuba menjadi pengacara, pelakon Mira Filzah dikatakan mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula. Dia yang ditemui di majlis pelancaran 3 Gadis Manis menjelaskan dia hanya menyumbang suara untuk OST drama terbaru lakonannya, Meh Sandar Padaku.

BACA: Mira Filzah Punca Fattah Dan Sherry Putus?

“Sebenarnya, saya hanya menyumbang suara dan kebanyakan berdialog sahaja. Rekod dah lama lagu ni, saya hanya back up, yang lainnya lebih kepada dialog,” katanya.

Bagaimanapun, Mira Filzah berkata dia tidak berminat untuk terus menceburi bidang nyanyian kerana tidak mempunyai bakat ke arah bidang tersebut.

“Mira tak berminat sangat untuk menyanyi. Lagipun Mira tidak ada bakat menyanyi. Tak confident untuk nyanyi lagi, baik tak payahlah. Menyanyi ini bukan satu benda yang saya fokuskan sangat,” ujarnya kepada Rotikaya. (rtky/h)