Mira Filzah Idam Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 32, malah sudah beberapa kali memenangi anugerah dalam kategori popular, Mira Filzah kini idamkan anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula. Mira berkata dia mahu penggiat seni mengiktiraf bakatnya sebagai pelakon.
Malah, Mira mengakui dia cemburu melihat teman pelakon lain memenangi memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik seperti pada Anugerah Skrin 2019 dan Anugerah Telenovela 2019.
BACA: Mira Filzah Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 32
“Bagaimanapun, sebagai pelakon kalau boleh saya mahu juga melihat bagaimana penggiat seni menilai bakat saya dalam menjayakan sesuatu watak.
“Kalau mereka mengiktiraf bakat saya antara yang terbaik, ia pencapaian sangat membanggakan. Saya mahu penggiat seni juga mengiktiraf bakat saya sebagai antara yang terbaik,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Mira berkata meskipun dia kini sibuk dengan perniagaan makanan kesihatan yang baru saja dilancarkan, namun dia tidak akan sesekali meninggalkan dunia lakonan.
Mira berkata dia mahu terus berlakon jika skrip serta watak ditawarkan mencabar kemampuan lakonannya.
- SUMBER
- Harian Metro
Bg aku laa kalau org suh pilih sapa lg bagus penghayatan watak bg pelakon2 muda perempuan ni aku letak Nad Zainal no 1 sbb dia sngt versatile dan bersahaja bila hidupkan satu2 watak tu. Dia bole bawa watak biol2 skit ala tomboi, sedih, gila, psiko, suci dan baik, lawak etc! No 2 aku bg kt Janna Nick sbb dia pun agak versatile cuma kdg2 nmpk dia over nk carry watak tu. Mcm memaksa sngt penghayatan dia x natural! No 3 aku bg kt Ayda Jebat dia lg in karakter berbanding Mira ni. Tp tu pendpt aku laa
Seingat aku pelakon pmpuan yg cntik jelita penah menang award pelakon wanita terbaik hanya Fazura, Diana Daniel dan Maya Karin jer. Even Erra, Neelofa, Izara, Nora Danish, Fasha Sandha pun x dpt. Apa yg penting adalah pemilihan karekter yg sesuai dgn penghayatan lakonan seseorang. Kalau asyik pegang watak heroin cinta standard drama tv3 tu mana nk menang award dik oii..
aku punye vote utk
1. elizad shaharudin . first aku habis tgk drama melayu tajuk tunanh lelaki upahan kot. dia sesuai watak tu.
2. ayda jebat – dia ni boleh brlakon tp jgn bg watak gedik sgt nnti terlebih x best. tp dia boleh berlakon. cerita yg dia aku x ingat tp ada satu drama aku tertengok satu episod.
3. tiz zaqyah – aku ikut jugak drama nur. dia dgn reny sahak dan fizo firuz.
ha tu aku punye pilihan. tp bkn ikut susunan la.
drama kol 7 pm tu utk santai2 org balik kerja sebelum mndi nk solat maghrib. aku balik rumah smpai dh pukul 7. lepak sepuluh minit tgk drama. pastu x tau ending sbb byk kerja lain perlu buat waktu tu kan.
nk jadi terbaik kat msia ni kne amik watak org gila, org susah, org x gebu gebas, kne comot2 atau x de kontrol ayu. challenge diri utk amik watak yg bkn jd dambaan lelaki. bw watak mcm maya karin bawa dlm ombak rindu. atau watak hntu mcm kak limah.
Tiz zaqyah terbaik.. Menjiwai watak.. Mira perlu cthi tiz zaqyah
For me.. First I pilih tiz.. Second I pilih nabila huda.. 3. I pilih elizad sharifudin 4.i pilih zara zya itu utk pelakon muda la
Mira kena byk lagi menggali dik
Stkt mng anugerah telenovela tu bkn pengiktirafan dari org2 industry. Ia mcm Abpbh jugak
Lisa Surihany pun lom mng award pelakon wanita terbaik, adik beradik Senrose si Uqasha & Neldyia pun lom mng jugak. Anzalna pun lom mng, eh bnyk lg laa yg cntik2 dan lg senior berlakon lom mng pun…
For your information..Lisa surihani pernah menang pelakon filem wanita terbaik ffm bg film Lagenda Budak Setan 1..ok? betolkan jika sy slh..
Che Ta dgn Ayu Raudah pun x mng lg anugerah nok
Mira nak menang? Pls jgn control ayu sgt. Bawak watak mencabar sikit. Sikit2 watak acah2 lembut kena. Memang kena la dgn gedik ko tu. Belajar dari pelakon2 senior. Nabila huda tu takdela cun sgt tapi berlakon memang menjadi. Watak dia bawak tu macam real. Mira jauh lagi la kalau nak menang takat belakon kayu camtu. Spesis sama cam patah ameng
Alah bkn semua lakonan Nabila Huda tu menjadi kena tngk karakter gk! Lg pun bkn semua pelakon yg menang award ni mampu deliver apa yg pengarah atau skrip tu nak. Brp bnyk filem lakonan Shaheizy Sam, Remy Ishak x menjadi dan gagal tarik penonton ke panggung? Ada bnyk faktor utk berjayakan sesuatu karakter tu.
Sorry iolls punya opinion is mira berlakon out. Populariti is yes tp so so je acting dia. Xmendalam. Buat aku xrasa seram sejuk. Sorry mira. Kalau ko menang berpuluh kali award pon, belum tentu kau dihatiku. Sbb fasha berlakon lg best dr ko mira
Aku X pnh lg tengok lakonan Mf ni berkesan. Semuanya biasa2 saja. Control ayu je lbh!!
Tiz zaqyah penah menang dua kali pelakon wanita terbaik drama cermin kasih anugerah skrin n anugerah telenovela Kali kedua.. Nabila huda satu Kali d ask.. Nad zainal satu kali d ask… Fasha satu kali d ask…
Mmg la dia pun baru jek berlakon sekitar 2015-2016 dulu. Mana ada org baru2 berlakun terus menang award pelakon terbaik? Paling cpt pun menang pelakon harapan terbaik mcm Fazura masa filem first dia “bicara hati”. So nnt dah berpengalaman dan kalau ada rezerki dia boleh jek menang.
Sis suka tiz zakiah nabila huda fasha zara zya aine idruce janna nick nad zainal semua watak menjadi. Sorry mira lakonan u mmg kayu tak de wow factor. Kayu sangat ii. Watak cinta banyak sangat. Cuba cabar diri watak orang gila watak oku mcm khiriah buat tu. Target sis mgkn umur u 35 pun susah nak jadi terbaik. Popular boleh lah. Tapi dek kerana banyak sangat kontroversi dengan co star lelaki spekulasi sis next year u akan malap sikit. Dan fans pun mgkn banyak lari. POV
Yg boleh dan wajib menang ni pelakon veteran lah…seperti kak Liza Abdullah tu…mcm2 watak boleh atau yg kawan baik dia yg selalu kena act giler tu pun power…jauh lagi la…dpt bintang popular dah Alhamdullilah…Siti Elizad pun ok psl banyak watak mencabar atau Amyla Rosli pun ok…susahla kalau berhijab nak dpt watak mencabar psl takut over pulak so…kalau dpt kira weird la camne leh menang kan…