fbpx

“Minum Sirap Masa Baby, Tak Nak Anak Alami Benda Sama”

Pasti semua tahu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan kejayaannya kini adalah hasil titik peluhnya sendiri yang bermula dari bawah.

Baru saja menimang cahaya mata ke empat, Aliff Syukri mendedahkan kehidupannya ketika kecil sangat susah. Ibu bapanya juga tidak mampu beri kesenangan kepada keluarganya dan sehingga terpaksa hidup merempat.

BACA: Aliff Syukri Mohon Maaf Kongsi Video Isteri Bersalin

“Dahuulu masa kecil mak abah saya tak mampu nak bahagiakan dengan kesenangan kami hidup merempat dah besar baru senang. Saya tahu sebab mereka susah dan faktor perceraian,” tulisnya.

Aliff juga turut memberitahu sewaktu dia masih bayi, ibunya tidak mampu untuk membelikan susu dan terpaksa memberinya air sirap untuk diminum. Katanya lagi, dia dilahirkan dirumah kerana tidak mampu untuk ke hospital.

“Waktu baby mak saya cakap nak beli susu tak mampu, saya diberi air sirap (patut lah saya ada penyakit disleksia). Kami hanya tidur di lantai malah saya lahir di dalam rumah sebab tak ada duit ke hospital dan jarak yang jauh.

Ujar Aliff lagi, disebabkan itu dia bekerja keras kerana baginya anak-anak adalah segala-galanya dan tidak mahu perkara sama terjadi pada mereka.

Rata-rata netizen kagum dengan apa yang dimiliki oleh Aliff Syukri sekarang. Moga perkongsikan Aliff Syukri ini menjadi inspirasi mereka diluar sana untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga.