fbpx

Minta Tokti Komen Isu Rumah Tangga Puteri Sarah, Wartawan Ini Dikecam

Baru-baru ini, tular perkongsian oleh pengguna Twitter memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ditembu bual oleh wartawan program Melodi.

Menerusi video itu, wartawan berkenaan bertanyakan mengenai isu lailatul qadar yang baru-baru ini kembali tular di media sosial.

BACA: Siti Nurhaliza, Suami Buka Sekolah Anak-Anak Gaza Di Palestin

Namun apa yang menjadi perhatian apabila Siti diminta untuk komen mengenai isu rumah tangga pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

https://twitter.com/watieysoong/status/1551071776293425152

Enggan mengulas mengenai rumah tangga selebriti lain, Siti hanya mendoakan agar kemelut mereka diselesaikan dengan baik.

Perkongsian temu bual itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta peminat penyanyi itu yang mengecam tindakan wartawan berkenaan.

Netizen turut mempersoalkan soalan oleh wartawan itu yang tiada kena mengena dengan Siti Nurhaliza dan tidak sepatutnya bertanyakan mengenai hal rumah tangga orang lain.

Kata netizen lagi, ada banyak lagi soalan boleh ditanya kepada penyanyi popular itu antaranya mengenai hal konsert. Tidak kurang juga, ada yang menyifatkan soalan yang diutarakan oleh wartawan tersebut soalan bodoh.