fbpx

Shuib Sepahtu Kongsi Detik Cemas Disengat Lebah

Tahniah buat Shuib Sepahtu kerana telah berjaya menjadi ‘Most Numbers of Bees On Human Body (Male)’ bersama-sama dengan pelakon Pablo Amirul baru baru ini. Rekod yang tercatat di dalam The Malaysia Book Of Records itu juga turut mempunyai cerita tersendiri buat pelawak tersebut.

BACA: Shuib Nasihat Isteri Jangan Terlalu Menunjuk

“Akhirnya saya mampu menarik nafas lega dan ia berakhir tanpa insiden. Untuk mendekati lebah, saya perlu duduk dekat dan berkomunikasi dengannya, walaupun nampak pelik. Sepanjang masa semasa lebah itu hurung badan, amat mencabar bagai dibawa ke alam lain,” jelas Shuib kepada BH Online.

Untuk pengetahuan anda, sebanyak 340,000 ekor lebah telah diletakkan di badan mereka dan dalam masa yang sama, Shuib akui bahawa dia turut menerima beberapa sengatan namun harus bijak mengawal keadaan. Shuib dalam satu video turut menyatakan bahawa Pablo hampir pitam dalam usaha memecahkan rekod itu.

“Sepanjang waktu itu saya tidak henti bercakap dalam hati agar lebah berkenaan tidak bertindak menyengat. Tidak lama selepas lebah itu diletakkan ke badan, saya mula rasakan sengatan di bahagian kaki dan ianya amat sakit namun saya tidak cepat melatah,” katanya lagi.

Apa yang pasti, Siti Sarah selaku isteri tercinta bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar selain menyatakan bahawa dia dan juga ibu mentu turut melakukan solat hajat bagi mempermudahkan urusan suaminya itu. (rtky/s)