fbpx

Pasti ramai tahu, bulan lalu pelakon dan penyanyi Bella Astillah dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit kepala yang teruk.

Menerusi satu temu bual Melodi baru-baru ini, Bella mendedahkan dia terpaksa memanggil ustaz dan ustazah untuk mengubatinya di rumah. Bella juga memberitahu, dia seolah menjadi orang lain dan kuat marah.

BACA: Sakan Bergelek, Netizen Tegur Bella Astillah 

@melodiberapi

Siapa yang sanggup buat Bella Astillah?? Tak ingat dosa ke?? #meloditv3 #fyp? #sensasi #panas #bellaastillah #sabah #fypdongggggggg #fyp??viral

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Sekarang saya bergantung pada ubat kalau tidak baik juga saya terpaksa buat pembedahan. Doakan Bella. Saya tak pernah alami (gangguan) sebenarnya, saya jarang muat naik di Instagram sebab saya kurang sihat, saya mula berubat, minta Ustazah datang rumah.

“Saya berhusnuzon selalu, pergi ke klinik sahaja tetapi benda ini tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita, kita jadi lain. Jadi kuat marah-marah,” katanya.

Lebih mengejutkan, Bella turut mendedahkan perkara aneh berlaku pada dirinya termasuk anaknya. Kongsi Bella dia mengalami mimpi ular berturutan namun tidak terfikir mengenai perkara sihir.

“Anak kedua saya setiap hari, setiap malam antara pukul 2 pagi sampai 4 pagi akan jerit-jerit, nangis dan meracau yang tak berhenti. Masalahnya setiap hari. Bila pergi jumpa doktor, tiada apa-apa pun, dari situ saya kena ikhtiar juga. Rasa tak boleh bekerja, sakit badan.

“Cuma setiap hari mimpi, saya mimpi ular. Saya mengadu kepada ibu saya dan ibu saya cakap ‘kalau mimpi ular buat orang yang belum kahwin maksudnya orang masuk meminang tetapi kau dah kahwin’. Tapi tak pernah fikir tentang sihir-sihir ini.

“Sampai saya tidak sihat, saya minta Ustazah datang bawa air Zam-Zam dan saya bercerita. Itu perkara tak baik sebab saya mimpi itu berturutan.

“Mimpi ular yang besar, ular yang putus, anak saya Ayden pegang ular itu. Saya beterima kasih sangat kepada Ustaz dan Ustazah yang datang ke rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Bella berkata dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik perkongsian selepas ini lebih-lebih lagi gambar keluarga.  Bella berkata dia tidak akan memaafkan jika ada individu yang bersifat dengki hingga sanggup membuat dirinya dan keluarga terseksa.

“Kalau betul niat awak begini, saya rasa kesian kepada awak. Mungkin awak tak bahagia. Saya sangat kecewa, susah nak maafkan sebab apa yang awak buat ini sangat besar kesannya terhadap rumah tangga saya.

“Alhamdulillah mungkin atas berkat anak-anak, saya dan Aliff pertahankan demi rumah tangga kami. Maaf saya katakan, saya tak boleh maafkan kamu,” katanya.