fbpx

Sakan Bergelek, Netizen Tegur Bella Astillah 

Baru-baru ini, pelakon Bella Astillah ada memuat naik video menari bersama adiknya Didi Astillah lagu Made You Look nyanyian Meghan Trainor sambil mengenakan pakaian serba merah jambu.

Melihatkan video tersebut, Bella dan Didi sememangnya comel dan sangat lincah menari. Bella turut menulis kapsyen berbunyi,”Merah jambu bukan sekadar warna. Ia melambangkan sikap juga”.

BACA: Bawa Watak Suami Isteri, Zamarul Anggap Bella Astillah Macam Adik

Bagaimanapun, di ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang melihat dua beradik itu menari sakan.

Ada segelintir netizen mengatakan Bella dan Didi pasti akan dilihat lebih cantik jika memakai pakaian yang menutup aurat. Malah, ada yang mengatakan tidak manis perempuan menari dan membiarkan orang lain melihat.

Tidak kurang juga, ada yang menitipkan pesanan supaya membuat konten yang sopan apatah lagi suami kepada pelakon itu iaitu penyanyi Aliff Aziz sudah berubah  ke arah lebih baik.