Mimi Lana Tolak Fotografi Jenama Antarabangsa Dior Demi Palestin
Sebagai tanda sokongan serta mempertahankan Palestin, pelakon Mimi Lana sanggup menolak tawaran sesi fotografi jenama antarabangsa, Dior.
Mimi berkata penolakan itu dibuat selepas kontrak model antarabangsa, Bella Hadid dibatalkan bersama jenama tersebut susulan tindakannya yang lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin.
BACA: Cinta Mimi Lana, Syafiq Kyle Bertaut Kembali?
“Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Palestin saya dan untuk Bella.
“Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin. Ia sangat sensitif buat warga Islam di negara ini jika saya buat sebarang hantaran mengenai Dior,” katanya.
Model terkenal dunia, Bella Hadid antara selebriti yang lantang menyuarakan sokongan terhadap Palestin. Menerusi Instagram, Bella banyak memuat naik posting mengecam rejim zionis itu.
Susulan itu, Bella tidak lagi dinamakan sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis itu. Namun, netizen turut mempersoalkan kenapa Bella diskriminasi sedangkan ada sahaja selebriti lain seperti Gal Gadot yang mempertahankan negara asalnya, Israel.
- SUMBER
- Harian Metro
retis malaysia takut membela palestin tengok je izara aisyah dan ramai lagi sebab takut hilang pengikut.
yg best sweet kismina tu biar pun depress pengikut kurang tapi sekurang2nya x takut ugutan ig
Izara aisyah lantang di twitter.. fitnah woi!
Izara aisyah lantang di twitter.. sia sia je fitnah
contoh artis yg x berselindung di sebalik tabir..tirai or whtsoeva…totally far different from sorg tu yg tgh hot psl Free Marketing die whole nation…brag wth tht jewish brand of handbag ..bertirai act decent…religious act..bla bla bla..
Yes Mimi..we heard u loud n clear!
Solidarity for Palestine! Lots of love Mimi!
Bagos.
Tak guna berkelitup cam ninja tapi akhlak….ke laut dik.
Money & fame aren’t everything. Applause dik.
Jangan yakin sangat, takut kamu je orang pertama yang terpedaya dgn fitnah dajjal..
Jangan bergaduh kerana dunia yang sementara
tak payah jadi lopa…rembat demi nak glam.
Betul ke Dior nak kerja dengan dia ni ?? Sapa dia ni ?? Dah keluar news yg cakap gambar Bella Hadid diturunkan sebab diorang dah masuk kempen baru..Bella Hadid masih bekerjasama dengan Dior..ye ye je Minah ni
Opkos la gal gadot X kena banned sbb dia israel n brg2 dorang punya! Itu hak dorang! Apalah reporter RK ni!
Yes, Bella Hadid sudah dicancel kontraknya dengan Dior dan Michael Kors sebab dia memperjuangkan hak Palestin.
Mimi lana ni model dior ke. Kat mlysia ada face for dior ke.
Sempat juga menyelit.
Rezeki ada dimana2
Puji effort dia. Cumanya dia face of dior ke? Ke macam adik si niqab, bukan ambassador tapi buat photoshoot je?