fbpx

Mimi Lana Sahkan Putus Cinta Dengan Syafiq Kyle

Selepas 5 tahun menyulam cinta, Mimi Lana mengesahkan hubungannya dengan Syafiq Kyle sudah pun berakhir sejak sebulan lalu. Malah, kedua-dua mereka saling tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing.

Enggan mendedahkan punca perpisahan antara mereka, Mimi berkata mereka berpisah kerana tiada lagi persefahaman. Mimi menafikan orang ketiga menjadi punca hubungan mereka terputus.

BACA: Syafiq Kyle Akui Mimi Lana Teman Istimewa Tapi …

“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga.

“Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… Anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya kepada BH Online.

Mengakui dirinya yang memutuskan hubungan berkenaan, Mimi berkata dia tidak mampu menipu bahawa dirinya juga turut bersedih, namun reda di atas apa yang berlaku.

“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

“Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan. Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.

“Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya.