fbpx

Mimi Lana Nak Bantu 10 Tukang Cuci Yang Dipotong Gaji

Nampaknya, semakin ramai selebriti tampil menghulurkan bantuan membantu mereka yang terjejas dan memerlukan sepanjang tempoh lockdown, termasuklah pelakon Mimi Lana.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mimi memaklumkan dia mencari 10 orang tukang cuci yang terjejas dan dipotong gaji sepanjang PKP.

BACA: Suara Mimi Lana Dipuji Setaraf Penyanyi Antarabangsa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Mimi turut menyeru mana-mana tukang cuci atau ada sesiapa mengenali mereka boleh menghubunginya menerusi Instagram. Dalam pada itu, Mimi memohon maaf kerana hanya mampu membantu 10 orang sahaja.

Dalam pada itu, Mimi turut memaklumkan mereka yang mahu mendapatkan bantuan tidak perlu bimbang kerana dia tidak akan memuat naik ke media sosial.

“Saya minta maaf kerana dapat beri sumbangan untuk 10 orang sahaja. Insyallah kalau ada rezeki lebih kita kongsi lagi ya. Jangan risau saya takkan post di social media untuk bantuan pada anda,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Mimi turut memuat naik kenyataan dimana tukang cuci sekolah tidak perlu bekerja semasa PKP. Malah, pekerja yang tidak dijadualkan bekerja akan dipotong gaji.