fbpx

Suara Mimi Lana Dipuji Setaraf Penyanyi Antarabangsa

Siapa sangka, Mimi Lana bukan sahaja hebat berlakon, malah mempunyai bakat dalam nyanyian. Baru-baru ini, Mimi ada berkongsikan video di TikTok menyanyikan lagu Astronout In The Ocean dendangan asal Masked Wolf.

Meskipun hanya menyanyikan bahagian korus, rata-rata netizen terpukau dengan vokal Mimi sehingga ada yang menyangka pelakon itu ‘miming’ suara penyanyi lain.

BACA: Cinta Bertaut Kembali, Mimi Lana Akui Sedia Bergelar Isteri

https://www.tiktok.com/@missmimilana/video/6975513015668149505?referer_url=https%3A%2F%2Fbm.cari.com.my%2Fportal.php&referer_video_id=6975513015668149505&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tidak kurang juga, ada yang pada awalnya menyangkakan video nyanyian tersebut adalah daripada negara luar, rupanya Mimi Lana selepas melihat kapsyen video tersebut menulis, “Saya ketika tumbuk sambal belacan.”

Memuji suara merdu Mimi Lana, ada yang meminta pelakon itu menyanyikan lagu lain serta memperbanyakkan lagi video lagu cover kerana tidak puas mendengar nyanyiannya.