fbpx

Mila Jirin Terpaksa Buat Pinjaman Bank Bayar Gaji Pekerja

Susulan penularan wabak COVID-19, boleh dikatakan ramai yang terjejas pendapatan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banyak perniagaan turut mengalami kerugian.

Termasuklah penyanyi dan usahawan Mila Jirin yang turut berdepan detik sukar ketika ini, namun dia hanya berserah segalanya kepada Tuhan. Bagaimanapun, Mila tidak berputus asa dan dia sudah mempunyai pelbagai perancangan untuk terus mencari rezeki.

BACA: Hampir Setahun Tak Ambil Gaji, Mila Jirin Buat Macam-Macam Bisnes Bayar Gaji Pekerja

“Disebabkan kita dah melalui PKP setahun lebih, jadi kali ini saya lebih bersiap sedia dengan apa yang berlaku.

“Sememangnya saya reda dan berserah kepada Allah SWT atas apa yang berlaku, selain itu, kita mesti ada pelbagai perancangan, kalau tak jadi satu, boleh buat perkara lain, bak kata orang plan B, C, D dan seterusnya,” katanya.

Memahami situasi pekerja-pekerjanya yang mempunyai komitmen masing-masing, Mila berkata dia membuat pinjaman bank untuk membayar gaji pekerjanya.

“Tak pernah dalam sejarah seorang majikan membuat pinjamam bank untuk membayar gaji pekerja, saya pasti ramai usahawan di luar sana juga melakukan perkara sama.

“Bagaimanapun, keputusan untuk membuat pinjaman ini ada perancangan yang betul. Insya-Allah ada cara untuk bayar semula. Saya percaya ini adalah dugaan yang Allah beri untuk saya.

“Jadi saya sebagai majikan harus tentukan dan ada yang terpaksa mengalami pengurangan gaji dan sebagainya, apa yang penting, kita mahu semuanya masihada pendapatan kerana masing-masing ada komitmen,” katanya.

Meskipun perniagaan syarikat Bizmilla terpaksa dihentikan sementara waktu susulan PKP, Mila kini aktif berniaga durian di media sosial.