fbpx

Mila Jirin Rayu Kerajaan Benar Pengeluaran KWSP Bantu Rakyat Susah

Masih hangat diperkatakan mengenai isu pengeluaran wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi dan usahawan Mila Jirin meminta kerajaan membenarkan pengeluaran wang bagi mereka yang terjejas.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-5 yang juga pengasas Bizmila itu juga turut berharap kerajaan lebih peka dengan permasalahan kewangan yang dihadapi rakyat ketika ini.

BACA: Hidup Susah, Mila Jirin Pernah Ikut Bapa Pungut Tin Tepi Jalan

Dalam pada itu, Mila turut memberi cadangan mengenai pengeluaran wang tersebut dengan melakukan cara sama seperti moratorium yang diberikan kepada mereka yang terjejas pendapatan, gaji dipotong atau diberhentikan kerja.

“Mereka minta duit KWSP mereka bukan untuk bersuka ria. Wahai kerajaan tolong bantu mereka yang amat memerlukan.

“Saya mencadangkan, mereka yang nak keluarkan duit mereka ini ikut cara Moratoriaum contohnya bagi bukti memang pendapatan merosot, gaji dipotong dan diberhentikan kerja atau apa sahaja lah yang difikirkan baik.

“Asalkan dapat bagi sedikit dana mungkin boleh dijadikan permulaan atau modal mereka berniaga kecil kecilan. Bantulah mereka wahai kerajaan, rakyat sedang susah,” tulisnya.