Mila Jirin Menggigil Lihat IG Nonny, Ajak Kembali Ke Pangkal Jalan
Perkongsian foto di Instagram Nonny Nadirah mengejutkan ramai memaparkan seorang wanita memakai baju putih, mengenakan stokin jarang, namun wajah ditutup dengan alat pelindung muka.
Foto tersebut turut mengejutkan rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin yang memaklumkan dia terus menghubungi Nonny untuk mendapatkan kepastian.
BACA: Pakai Seluar Pendek, Nonny Nadirah Dah Buka Tudung?
Sedih dengan tindakan sahabat baiknya itu, Mila berharap Nonny tidak mensia-siakan hidayah Allah, serta terkenang kembali kenangan mereka ketika mengejarkan Umrah pada 2019.
“Semalam aku menggigil lihat IG mu. Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu.
“Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah.. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!” tulisnya.
Dalam pada itu, Mila berkata dia menyedari mengenai perubahan rakannya itu selepas menerima mesej daripada rakannya. Ujarnya, pada mulanya dia menganggap akaun Nonny digodam namun tanggapannya salah. Akui sedih, namun Mila berharap rakannya akan terus berubah menjadi lebih baik.
“Non semalam, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku IG mu kena hack ni tapi non luluh hati ku Non. Sedih sangat sedih. Ku rasa macam nak ke Sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!
“Non ku tau mu pasti baca posting ku ini. Non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
SEBAGAI SAHABAT DIAM2 TEGUR SECARA SEMBUNYI SUDAH TAK PERLU POST DALAM SOCIAL MEDIA SEGALA…
IMAN MANUSIA NI NAIK TURUN.. AWAK SEBAGAI SAHABAT TEGUR SECARA SENYAP SUDAH.. DAN DOAKAN YG BAIK2..
HARI NI KITA BERHIJAB BESOK BELUM TENTU BERHIJAB TERUS .
HARI NI FREE HAIR BESOK MUNGKIN BERHIJAB HINGGA AKHIR NYAWA..
YG PENTING AMALAN2 YG BAIK2 TERUS MENERUS HINGGA KE AKHIR HAYAT..
SALAM JUMAAT BARAQAH..
rep to ikan sepat
betul tu knapa nk aibkan kwn dgn cara macam tu.. dah call dan bagi nasihat dah la tak perlu nak canang satu dunia…
Betul tu..dari orang tak tahu terus jadi tahu..ape pun biarlah empunya badan yang keluarkan kenyataan..semoga kita semua dirahmati Allah hendaknya..Amin..
Somehow, setuju dgn ikan sepat, kenapa seorang sahabat canangkan khilaf kawan mcm tu. boleh kan nasihat diam2. dari kita bersangka baik IG nonny dihacked dah tau mmg kawan tu bermasalah
IKAN SEPAT … totally true! Nk tegur jgn la open ! Bodoh ke bangang! DM je laa.. agak2 la iman mu pun Xtau stkt mana
Lihat lah Wahai manusia manusia..ambil pedoman dari cerita cerita macam ini..yang buruk Kita jadikan sebagai tauladan….ambilah teguran sebagai sisi yg baik walau pahit dan perit..
Sesungguhnya syaiton sentiasa menggoda.
Walau Kita diuji pada titik yang paling bawah..tabah rezeki halal mmg sikit tapi berkat.
Dia ni pon satu…gi share feeling baik org tak tau jadi tau…kesian pulak Nonny apa nak buat iman manusia…
Hahahhaha…..dah lama la Nony tu tak bertudong..lagi2 pompuan sabahan..mereka biasa sosial live oiii….yg islam bertatu pon bersepah kat sabah..bila tanya katanya itu adab mereka memang di tatukan sejak kecik..walau pon mereka bnyk nya convert islam..sbb tu lenkali jgn oversiti sgt kalau nak berubah..be ur self…yg penting ko baik dh lah…
Ketua segala Malaikat pun boleh tercampak keluar dari syurga, inikan pula Kita manusia..masih belum terlewat selagi peluang masih ada..semoga kembali ke jalan yang diredhai..
Mj ni merepek. Semua nak pour out kat instagram. Paham dak meluat baca. Biar orang ingat hack. Kut nonny nak reverse…hijab balik . Maybe nonny ada masalah jiwa or mental. Bagi dia space…. yg pi ckp nonny mengaku tu Awat. Mj, your intelligence kat mana? Delete lah post tu. I yang tak kenal nonny personally pun doa dalam diam….tak payah heboh apa yg you doa. Artis ni pelik. Mcm sorang tu . Nak nikah duk suruh orang doa tiga doa. Mcm hang je kahwin…takde maruah. .looks stupid
Budak2 zaman sekarang xleh kena jentik, xleh kena rotan, kena hujan sikit demam, xleh nasihat.. Media social semua x boleh nasihat.. Tunjuk pusat tunjuk lurah semua boleh.. Sama jugak dgn artist Malaysia akhir zaman.. Netizen Melayu memalukan senang koyak perangai mengada mcm
Muhammad Sajadd..
Ni kira membuka aib…..ada baik ditegur luar dari media social…..kalau nak jadi kawan yg benar2 baik
Pompuan gila ..tegur kawan kat IG..
Kalau aku …sorry la kawan buat mcm tu byeeee….
Tu la nak islamic sgt sampai otak ke lutut.
Koo MJ , Dgn dua tiga lagi sama saja …bodoh tapi perasan bagus .
Kubur masing2.jd jg diri sendiri je..