fbpx

Mikha Tambayong Berlakon Teater Gerimis Mengundang Arahan Ahmad Idham

Kami sahaja yang perasan atau pun  anda juga boleh nampak yang dunia teater tempatan kini semakin hari semakin meriah.

Satu tajuk demi satu tajuk muncul ke Istana Budaya dan yang lebih penting semuanya mendapat tempat di’hati peminat hiburan.

Gerimis Mengundang merupakan teater terbaru yang akan bakal ke Istana Budaya bermula pada 27 Mac hingga 8 April 2012 ini.

Menariknya, selain menampilkan pelakon tempatan Kamal Adli sebagau teraju utama, teater ini juga akan membawa masuk seorang pelakon remaja popular Indonesia, Mikha Tambayong untuk beraksi di’atas pentas dalam teater yang di’terbitkan oleh Excellent Pictures ini.

Aktress remaja ini sedang popular dengan sinetron muzikal, Nada Cinta yang mana Mikha Tambayong membawakan watak Nada & Cinta.

Untuk pengetahuan anda, teater Gerimis Mengundang ini merupakan inspirasi dari filem dengan judul yang sama, juga arahan Ahmad Idham yang bakal ke pawagam sekitar 2012 juga.