fbpx

Mia Ahmad Tolak Tawaran Kerja Selepas Kuguguran

Mengalami keguguran beberapa bulan lalu, Mia Ahmad akui terpaksa menolak beberapa tawaran kerja kerana kondisi badan yang masih lemah. Jelasnya, beliau tidak mahu terlalu aktif dan ingin merehatkan diri seketika.

BACA: Mia Ahmad Keguguran, Redha Ujian Allah

“Lagi pun, selepas berkahwin tahun lalu, saya sudah mengambil sikap memilih dalam menimbang tawaran berlakon. Cuma untuk permulaan 2018, saya tidak boleh terlalu aktif kerana badan masih lemah selepas keguguran baru-baru ini. Kesihatan perlu diutamakan”.

“Jadi saya perlu jaga dan kuatkan badan sekarang. Saya percaya ada baik dan buruknya memperlahankan kerjaya seni tahun lalu demi memberi tumpuan kepada rumah tangga dan diri sendiri. Tiada apa yang perlu dirungutkan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Menurut Mia, beliau tidak merugut dengan kerjayanya tahun lepas yang berjalan agak perlahan kerana ingin mengutamakan rumah tangga. Terdahulu, berita keguguran sedikit sebanyak mengejutkan peminat apabila Mia berkongsikan hal itu tempoh hari. (rtky/w)