fbpx

Mia Ahmad Keguguran, Redha Ujian Allah

Redha dengan ketentuan Tuhan, Mia Ahmad melalui Instagram Stories berkongsi kesedihan kerana keguguran. Sementara itu buat masa sekarang, Mia masih lagi belum bersedia lebih lanjut tentang perkara tersebut.

BACA: Mia Ahmad Dedah Perangai Suami Lepas Kahwin

“Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya,” jelasnya kepada mStar Online baru-baru ini.

Menurut laporan portal tersebut, Mia kini berada di London. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminat mendokan yang terbaik buat Mia dan sentiasa tabah menghadapai ujian.

Buat Mia, di sebalik apa yang terjadi pastinya terselit hikmah yang mungkin kita tidak ketahui. Semoga hari mendatang buat Mia dan suami lebih tabah menghadapi dugaan. (rtky/s)