Baru-baru ini perkongsian pelakon Mia Ahmad menjadi perhatian mengenai kisah ketika pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah lebih baik.

Menurut Mia, kisah hijrahnya bermula selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari sebuah syarikat penerbangan.

BACA: Mia Ahmad Dipanggil Makcik Sebab Labuhkan Tudung

Kata Mia lagi, ketika itu dia masih mencari-cari dirinya sebenar dan berkat didikan yang diberikan kedua ibu bapanya, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

“As for me, my hijrah starts after saya resigned dari sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah. Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya.

“Tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh my parents dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mia turut mengakui sukar untuk istiqamah apatah lagi ketika itu sudah bergelar anak seni sehingga memegang watak utama.

“Saya cuba nasib pergi casting dan adala beberapa job TVC yg saya dapat. And buat ‘extra’ sampai lah dapat offer untuk pegang watak heroin. Along the way tu iman turun naik juga rasa susah nak istiqomah,” tulisnya. 

Bagaimanapun, Mia berkata langkah besar yang diambil untuk berhijrah ke arah lebih baik itulah sebenarnya tujuan kehidupan yang dicari.

“Inilah antara perjalanan kehidupan saya. Saya bukan suci malah jauh lagi nak jadi orang yang baik. Tapi big step yang saya ambil tu lah (hijrah) memberi saya satu arah dan tujuan sebenar kehidupan yang saya cari.. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu,” tulisnya.