fbpx

Mia Ahmad Dipanggil Makcik Sebab Labuhkan Tudung

Semenjak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDTII), Izham Tarmizi, pelakon Mia Ahmad sudah jarang muncul di kaca televisyen.

Bagaimanapun, pelakon itu tetap aktif di media sosial berkongsikan perkembangan terbarunya untuk tatapan para peminatnya.

BACA: Kejar Akhirat, Mia Ahmad Seronok Masuk Kelas Mengaji Dengan Suami

Sejak kebelakangan ini, penampilan Mia menjadi perhatian ramai dan menerima pujian apabila dilihat tampil memakai tudung labuh menutup dada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Menerusi satu perkongsian, Mia berkata ada netizen mengatakan penampilannya yang bertudung labuh seperti makcik-makcik dan tidak moden.

Bagaimanapun, Mia berkata apa yang dipakai adalah kerana Allah. Ujarnya, ada juga mengatakan apa yang dilakukannya itu tidak akan kekal lama dan suami tidak akan menyokongnya.

Menurut Mia, meskipun ada kata-kata negatif dilemparkan namun dia kuatkan hati kerana dia tahu apa yang dilakukannya itu adalah perkara yang baik. Kata Mia lagi, dia mengubah cara pemakaiannya itu adalah kerana untuk menjadi insan lebih baik dan bukan mahu nampak baik.

“Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.

Perkongsian Mia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta pelakon itu supaya tidak pedulikan kata-kata negatif serta mendoakan agar terus istiqamah.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham Tamiri pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata, Sayf Issa dan Iris.