fbpx

Mia Ahmad Sudah Move On Dengan Isu Suami Curang

Pernah berdepan kontroversi kemelut rumah tangga, Mia Ahmad berkata dia tidak mahu lagi memperkatakan mengenai isu curang kerana sudah move on dan mahu membuka buku baru dalam hidupnya.

Menurut Mia, dia menganggap perkara buruk yang berlaku sebelum ini ada hikmah di sebaliknya serta pengajaran tersendiri. Ujarnya lagi, selepas apa yang berlaku dia perbanyakkan muhasabah diri.

BACA: “Saya Tak Rela Bermadu” – Mia Ahmad

“Saya dan suami alhamdulillah, kami okay dan baik sahaja dan saya bersyukur. Sebenarnya saya dah tak mahu cakap mengenai benda yang lepas sebab saya dah move on.

“Cuma apa yang saya boleh katakan, jika kita ditimpa satu-satu musibah tu, kita kena banyak muhasabah diri. Mungkin nampak perkara sebegitu tak baik untuk kita, rasa macam kenapa benda ini yang terbaik kerana ia perkara yang boleh ajar kita.

“Paling penting, banyakkan muhasbah diri, sabar dan Insyaallah serahkan segalanya kepada yang berkuasa,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu tindakan Mia memadam semua gambar suaminya di media sosial, seolah memberikan bayangan rumah tangganya sedang bermasalah. Bagaimanapun Izham pula menafikan dakwaan beliau curang dengan wanita lain.