Jadual Suami Padat, Mia Ahmad Batal Majlis Resepsi
Baru-baru ini Mia Ahmad dan suami, Mohd Izham Tarmizi telah mengadakan resepsi di Terengganu, dan sepatutnya sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 22 Mac lalu namun terpaksa dibatalkan. Menerusi akaun Instagram, Mia telah memohon maaf diatas pembatalan itu akibat jadual padat suaminya.
BACA: Suami Mia Ahmad Tak Letak Syarat Untuk Berlakon
“Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan. Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi”
“Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini. Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini”
“Saya pun sudah berkahwin selama tiga bulan. Kalau hendak diadakan juga majlis yang tertunda ini, rasanya macam sudah basi. Tak dapat juga nak jadi Elsa macam Frozen,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai pembatalan majlis resepsi perkahwinan.
Biarpun serba salah dan sedih dengan pembatalan itu, tetapi Mia terpaksa membuat keputusan demikian kerana enggan membebani ramai pihak termasuk suaminya yang sibuk. Terdahulu Mia dan suami telah selamat melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Terengganu. (rtky/w)
batal?
sibuk ya
iya
baguslah tu ..xde jg org teruja nk tngk ko kawen balik2 bukannya popular…btudung tpi gedik. buruk perangaii
Kesian ko…. dengki x habis2…. bhahahahhaa
Tak perlu la dengki. rezeki masing-masing kan..
takder bajet kot….
tak de rezeki lah tu. tunggu buat baby shower pulak le..
Bajet kurengg tu. Bukan nya murah kalau nak kawin kat hotel ‘terkemuka’ ni. Susah nanti kalau nak mulakan kehidupan baru sebagai suami isteri dengan hutang keliling pinggang.
Peminat dan rakan2 artis bukan nya nak tolong pun bila time nak baya hutang…mereka sebok nak enjoy pergi kat hotel, makan, selfie dgn rakan2 artis aje dan nak menunjuk stail masing2.
Majlis dah habis..orang dah balik..seminggu dua hah! mulalah datang bil2 itu dan ini mintak diselesaikan…pengantin jugak yang ternganga nak cari duit.
Biar bersederhana…senang gitu.