fbpx

Mia Ahmad Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad dan suami, Mohd Izham Tarmizi yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka petang semalam. Berita gembira itu dikongsikan oleh Mohd Izham di Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, Izham berkata isterinya selama melahirkan cahaya mata mereka pada jam 5.20 petang Khamis. Izham turut menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang mendoakan untuk isteri dan anaknya.

BACA: Mia Ahmad Bakal Timang Anak Kedua

Bagaimanapun, Izham tidak mendedahkan status jantina anak keduanya itu. Semalam, menerusi Insta Story, Mia turut berkongsikan foto berada di sebuah pusat perubatan untuk menyambut kelahiran cahaya matanya.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kesihatan Mia dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Ramai yang tak sabar untuk mengetahui jantina anak kedua pasangan tersebut.

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham, yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada 13 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018.