Mia Ahmad Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad dan suami, Mohd Izham Tarmizi yang bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi.

Menurut Mia, dia merasakan seperti bermimpi apabila mengetahui dirinya hamil lagi dan meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diberikan.

BACA:

“Saya disahkan mengandung sekali lagi, manakala Issa bakal menjadi abang pada usia baru mencecah 14 bulan.

“Saya rasakan kehamilan kali ini seperti mimpi, namun bersyukur diberikan rezeki ini. Doakan saya dan bayi dalam kandungan sihat,” katanya kepada BH Online.

Mia berkata pada awalnya dia mahu terus berlakon namun dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana bimbang jika menyusahkan pihak produksi.

“Pada mulanya, saya berhasrat meneruskan aktiviti lakonan selagi kandungan masih belum kelihatan. Namun, selepas difikirkan kembali, saya buat keputusan menolak sahaja tawaran itu.

“Tidak mengapalah, anak juga rezeki. Insya-Allah, masih ada lagi peluang untuk saya teruskan minat selepas ini. Saya boleh sambung berlakon bila-bila masa sahaja,” katanya.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasangan ini. Semoga kehamilan anak kedua ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

×