fbpx

Mia Ahmad Sahkan Hamil, Mohon Maaf

Tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad yang kini sedang hamil. Berita itu dikongsikan di Instagram beliau sambil memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa menolak banyak tawaran bagi menjaga kesihatan.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Mia Ahmad Tolak Tawaran Kerja Selepas Kuguguran

“Dengan penuh kesyukuran, saya ingin mengumumkan saya kini sedang hamil, takut juga mahu umumkan tentang ini kerana pernah keguguran beberapa bulan lalu. Tetapi, ia membuatkan saya lebih kuat dan memberanikan diri untuk memberitahu tentang kehamilan ini”

“Saya harap semua memahami keadaan saya dan minta maaf jika ada di antara kamu terkejut dengan hal ini. Saya ingin mohon maaf kepada semua produksi kerana terpaksa tolak tawaran lakonan, penggambaran, penampilan majlis, temuramah kerana perlu menjaga kesihatan”

“Saya juga mohon maaf kepada pihak media kerana tidak membalas panggilan telefon dan Whatsapp dihantar. Saya harap perjalanan kehamilan saya akan berada di dalam doa anda dan semoga Allah memberkati kita semua. Amin,” tulisnya mengenai berita kehamilan di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Mia pada awalnya takut untuk mengumumkan berita kehamilannya kerana pernah mengalami keguguran beberapa bulan yang lalu. Semoga kehamilan Mia kali ini dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik. (rtky/w)