fbpx

Sekitar Ogos 2011 yang lalu, satu Malaysia rasanya sudah tahu akan berita yang mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MIG, David Teo telah pun membeli sebidang tanah di Cyberjaya.

ADS: Tonton Papa I Love You yang membuka tayangan di’pawagam bermula 29 Disember 2011 ini.

David Teo ketika itu memberikan kenyataan mengakui yang sudah pun membeli sebidang tanah seperti yang di’beritakan dan akan membangunkan studio sendiri.

Hari ini, kami menerima maklumat dari mulut David Teo sendiri tentang gambaran studio yang bakal di’bangunkan untuk mengembangkan perniagaan syarikat yang di’ketuai beliau, Metrowealth International Group (MIG).

Menurut David Teo, studio filem yang bakal di’bangunkan nanti akan menelan belanja sebanyak RM50 juta. Menariknya, studio perfileman milik MIG ini nanti akan memiliki bangunan 9 tingkat yang mana turut menjadi pusat operasi perniagaan mereka.

Apabila di’minta wartawan kami untuk tunjukkan lakaran kasar bagaimana bentuk studio idaman, David Teo berkata ia’nya berbaloi untuk di’tunggu sebagai satu surprise. Heh.