Menurut satu makluman tidak rasmi dari orang kuat dunia hiburan hari ini, kumpulan heavy metal terkemuka dunia Metallica bakal turun Malaysia.


Jika perkhabaran ini benar, ini merupakan kali pertama Metallica menjejakkan kaki & bertandang membuat persembahan di Malaysia.

Metallica yang di’tubuhkan pada tahun 1981 ini khabarnya akan mengubat impian peminat mereka di Malaysia Disember ini dan konsert mereka akan mengambil tempat di Stadium Bukit Jalil, KL.

Kami akan bawakan perkembangan terkini berita kedatangan Metallica ini dari masa ke semasa untuk anda semua. Mana tahu, ada tiket percuma untuk anda.


Update 1: Stadium Bukit Jalil khabarnya sudah di’tempah untuk konsert Metallica pada 2 Disember 2011 ini. Yeah!

Update 2: Menurut sumber yang lebih otai, Amy Search khabarkan yang Aerosmith turut bakal turun Kuala Lumpur sebelum 25 Disember 2011.

Jangan lupa kita sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil bila tiba masanya nanti & until then, rock on!