Mesej Tersirat Mizz Nina Undang Tanda Tanya
Tiada angin tiada ribut sebelum ini, baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan rumah tangga penyanyi Hujan, Noh Salleh dan Mizz Nina berdepan masalah.
Masih mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut, perkongsian penuh tersirat oleh Mizz Nina di Instagram menjadi perhatian ramai. Perkongsian itu seakan memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar sekaligus mengundang tanda tanya netizen.
BACA: Ditanya Isu Rumah Tangga, Wartawan ‘Koyak’ Dengan Jawapan Noh Salleh
“Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.
“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.
“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.
“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya.
Penuh dengan makna tersirat, Mizz Nina turut menyerahkan segala ketentuan kepada Allah SWT kerana Yang Maha Esa lebih mengetahui.
“Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.
“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulisnya.
Terdahulu, Noh menafikan dakwaan rumah tangganya bermasalah serta menegaskan bahawa ianya berita palsu.
Masa muda sibuk bercinta, dah sibuk psl nk kwin, pastu beranak, dah beranak bercerai pulak. Tu jek laa kisah retis…
Tiada rumahtangga yg tak dilanda badai
Reply to 1st comment
Bukan retis je melalui situasi tu. Entah2 ahli keluarga sepupu sepapat kau pun .melaluinya. anyone is prone to this
Jantan sekarang kaw wild diajak hijrah, kaw dah cuci tangan dia mula lah cuci mata cari yg wild..lepas tu bini yg halal jugak disalahkan. Tak gitew bang Rahim..tanpa rahim?
To 8dnrnbfb ko ni mmg mak ko dilu kutip dari lorong ke bagus sngt bahasa ckp psl family org?! Family aku samada belah bapak maupun mak xde sorg pun bercerai, bermadu tu ramai laa tp semua bahgia je. Tiap kali raya meriah kumpul beratus2 anak cucu bergambar sambil mkn2.
Mizz Nina ni elok jer sopan. Harap takde huru hara, dah ambik anak.
Apa yg nina tulis, terpakai utk semua org. Lgpun dipetik dari kitab suci Quran.
Semua org ada situasi yg mana kita suka sesuatu tp sebenarnya benda tu x elok utk kita. Kita tak suka sesuatu, tp benda tu elok utk kita.
Tq dia sedarkan kita sekali lg, sbb kita pernah dgr aemua ni, tp perlu reminder.
Apa yg nina tulis, terpakai utk semua org. Lgpun dipetik dari kitab suci Quran.
Semua org ada situasi yg mana kita suka sesuatu tp sebenarnya benda tu x elok utk kita. Kita tak suka sesuatu, tp benda tu elok utk kita.
Tq dia sedarkan kita sekali lg, sbb kita pernah dgr aemua ni, tp perlu reminder..
satu je nak cakap. bukan senang nak berhijrah. ujian-ujian tu akan datang. suami akan diuji. isteri pun akan diuji. semoga kita sentiasa bersabar.
Harap Mizz Nina hanya sharing a quote…mcm2 tapi lelaki melayu lah ni. Isteri dah elok2…entahlah. All they think about cuma cawangan & beribu alasan…harap Mizz Nina & suami ok ok aja & cuma gossip kosong.
To Putaran Roda Hidup
Mengata orang sedap kann.. bila kene diri sendiri tau melompat.. LOSER